TERBITAN SEPTEMBER 2017
IKLAN

PENDIDIK TERBAIK

— oleh Ami Masra —

Guru, kau
Pendidik terbaik
Bahasa halusmu tercantik
Menusuk ke akal budi
Menjadikan aku cerdik.

Aku muridmu
Melangkah ke sekolah
Mencari segunung ilmu
Amal dan pengamalan
Memacu diriku maju
Meluaskan pengalaman.

Didiklah daku, wahai guru!
Luas berilmu pengetahuan
Mahir bijaksana berfikir
Mahir memimpin
Cekap berdwi bahasa
Cantik jiwa beretika
Berseni kerohanian
Kukuh identiti nasional
Berjiwa kental keberanian.

Agama dan ilmu
Memacu diriku maju
Iman dan amalan
Membawa cinta kebaikan.

Ilmu iman lebih berharga
Daripada wang dan emas
Ketika di lautan di dunia
Diriku tak akan lemas.

AMI MASRA
Subang Jaya.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan