TERBITAN SEPTEMBER 2017
IKLAN

UJIAN PENCAPAIAN

— oleh Ahmad Safarman Dollah —

I lmu yang kucurah
Semoga mekar dalam harapan
Berbunga sedar mengiringi perjalanan
Diiringi doa berpanjangan
Ke dewan peperiksaan
Berperang dengan soalan
Menjawab nilai kepercayaan
Mengejar sebuah kejayaan

Soalan ujian
Menguji akal fikiran
Dunia umpama lautan
Gelombang keras yang sangat menakutkan
Bak kapal layar ditiup angin
Dipukul gelombang keras menakutkan
Karang tajam ombak ganas
Mengejar kedamaian mencapai pelabuhan

Kejayaan muridku
Adalah harapan semua orang
Guru, ibu bapa dan bangsa
Membuktikan
Ujian pencapaian
Dalam kehidupan
Sedang mekar meniti
Pendorong jalan ke hadapan
Mengutip kerikil kejayaan.

AHMAD SAFARMAN DOLLAH
SK KENERING, GERIK PERAK


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan