TERBITAN SEPTEMBER 2017
IKLAN

Ceritera 9 - Jasa Wan Puteh


Wan Puteh… perempuan tua yang pernah menjadi jiran keluargaku. Seawal aku mengenal kehidupan ini, nama Wan Puteh telah terpahat dalam mindaku. Wan Puteh tinggal dengan cucunya, Salmah yang sebaya dengan umurku. Salmah telah kehilangan ibu sewaktu dia dilahirkan. Bapanya pula seorang anggota polis. Kehidupan Salmah sangat mewah jika dibandingkan dengan keluargaku yang terdiri daripada sembilan orang adik-beradik.

Aku sering sahaja berada di bawah rumah Wan Puteh untuk bermain-main dengan Salmah. Tentu sekali aku suka pergi ke rumah itu kerana setiap kali Wan Puteh hendak memberi Salmah makan, Wan Puteh akan mengajak aku untuk menemani Salmah. Kata Wan Puteh, “Mari makan dengan Salmah. Kalau dia makan seorang, dia tak mahu dan tak ada selera. Dia suka berkawan.” Apa lagi… aku yang sentiasa lapar ini terus bersemangat menemani Salmah.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan