TERBITAN SEPTEMBER 2017
IKLAN

Manfaatkan Grafologi Dalam Sistem Pendidikan Negara (Bahagian Kedua)


Dalam bidang pendidikan dilihat kegunaan analisis tulisan tangan sangat sesuai dan di pelbagai peringkat boleh digunakan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak lagi seperti tadika, pra-sekolah, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, kolej mahupun di peringkat universiti. Selain itu, analisis tulisan tangan juga boleh digunakan untuk menyusun dan memantapkan bahagian pengurusan dan pentadbiran seperti mengadakan ujian integriti untuk kakitangan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan malah diakui oleh pakar, melalui analisis tulisan tangan, ketepatannya adalah lebih tinggi berbanding ujian psikologi yang lain iaitu pada tahap antara 80 peratus ke 90 peratus. Kumpulan pengurusan sekolah di semua peringkat sepatutnya diwajibkan menjalankan analisis tulisan tangan untuk memastikan kelayakan sebelum memegang jawatan penting. Sesuatu pentadbiran itu akan berjaya atau cemerlang adalah bergantung kepada kumpulan ini, jika kumpulan pengurusan cemerlang turut memberi impak kepada kumpulan bawahan yang lain terutama guru-guru. Ini akan menjamin kecemerlangan dan prestasi pendidikan apabila menulis, fikiran kita secara sedar (conscious) menentukan ‘apa’ yang kita tulis dan fikiran di bawah sedar (unconscious), menentukan ‘bagaimana’ cara kita menulis. Bagaimana bentuk (traits) atau yang disebut sebagai ‘catatan otak’ yang terhasil di atas kertas begitulah diri kita yang mencerminkan perilaku, pemikiran, perasaan, hala tuju, penghargaan kepada diri, keseimbangan perasaan dan fikiran, malah seluruh aspek tentang diri kita sama ada yang positif mahupun negatif. Perkara ini amat penting untuk kita latih anak-anak agar menulis dengan betul selari dengan perkembangan pemikiran dan tumbesaran fizikal mereka.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan