TERBITAN SEPTEMBER 2017
IKLAN

Bantu Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan - Yayasan Royal Widad Komited Demi Mantapkan Pembangunan Modal Insan


Bercakap tentang makanan, rakyat Malaysia boleh dikategorikan sebagai amat bertuah kerana mudahnya untuk mendapat makanan. Namun itu adalah senario yang dilihat secara kasar. Hakikat itu sebenarnya kurang tepat di kalangan kanak-kanak.

Satu kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (SEANUTS) dengan kerjasama Persatuan Nutrisi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Friesland Campina mendapati sekurang-kurangnya seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tidak cukup zat makanan. Ini mengakibatkan tumbesaran mereka terbantut dan ketinggian mereka juga tidak seiring dengan penambahan usia.

Kaji selidik tersebut telah berlangsung selama hampir dua tahun melibatkan 3,542 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun. Menurut kajian itu, kebanyakan kanak-kanak yang terlibat dalam kajian tersebut mengalami apa yang dikatakan sebagai kelaparan tersembunyi (hidden hunger). Maksudnya, kanak-kanak terbabit tidak mendapat zat yang sepatutnya mereka dapat dan ini turut menjejaskan kemampuan mereka untuk fokus terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan