TERBITAN SEPTEMBER 2017
IKLAN

Bantu Murid Miskin Tanggungjawab bersama


Tidak dapat dinafikan bahawa persekitaran sekolah terdiri daripada komposisi murid dari pelbagai latar belakang dan status sosio ekonomi yang berbeza. Latar belakang murid yang berbeza ini turut memberi implikasi ke atas kemampuan ibu bapa dalam menguruskan keperluan pendidikan dan persekolahan anak-anak.

Seseorang murid daripada keluarga yang berada atau berpendapatan tinggi pastinya bernasib baik memandangkan segala hal berkaitan pendidikan dan persekolahan mudah diuruskan oleh ibu bapa yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Namun bagaimana nasib murid yang berasal daripada keluarga miskin atau berpendapatan rendah?

Senario ini perlu difikirkan secara rasional dan diteliti secara mendalam oleh pihak sekolah. Hampir setiap sekolah pasti mempunyai murid yang berlatarbelakangkan keluarga miskin yang memerlukan pelbagai bantuan bagi memenuhi keperluan pendidikan dan persekolahan. Umumnya, pengalaman sekolah-sekolah luar bandar dalam konteks menguruskan murid kurang berkemampuan atau miskin adalah lebih menonjol berbanding sekolah-sekolah di bandar. Tafsiran kemiskinan bandar dan kemiskinan luar bandar mungkin berbeza dalam menerangkan sosioekonomi dan pengalaman hidup seseorang. Akan tetapi, hakikatnya kemiskinan keluarga sama ada di bandar mahupun desa tetap akan memberi kesan terhadap pendidikan dan juga persekolahan anak, apatah lagi bagi keluarga yang berada dalam kategori miskin tegar.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Terkini daripada Suresh Kumar N Vellymalay

  1. Dorong Murid Menjadi Penulis Muda

Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan