TERBITAN SEPTEMBER 2017
IKLAN

Dunia Penuh Warna-Warni


Destinasi dan tempat yang penuh berwarna-warni sering dikenal pasti dengan fantasi. Tetapi jangan salah, di dunia nyata terdapat destinasi yang penuh dengan warna lukisan semulajadi. Lokasi ini mungkin bakal menjadi destinasi pelancongan anda yang seterusnya dan tempat anda berswafoto tanpa henti.


Tasik Lima Bunga, China

Boleh didapati di Lembah Jiuzhaigou di barat daya China. Lembah ini adalah Taman Negara dan juga rizab alam semula jadi yang terkenal dengan air tasik berwarna warni, air terjun dan puncak salji. Tasik Lima Bunga atau Tasik Wuhua adalah salah satu daripada banyak tasik yang terdapat di sini dan namanya diambil daripada airnya yang berwarna biru, hijau gelap, kuning dan banyak lagi. 

Tasik Hillier di Australia

Warna merah jambu bubblegum Tasik Hillier masih kekal misteri sehingga kini. Namun, tasik ini tidak seperti tasik merah jambu lain di seluruh dunia kerana warna di tasik ini kekal sepanjang tahun. Tiada siapa tahu bagaimana ia terjadi?

The Great Barrier Reef, Australia

Destinasi yang sangat mengasyikkan! Dengan lebih daripada 1500 spesies ikan dan 600 jenis karang, terumbu ini adalah lokasi percutian untuk warga Australia dan pelancong mencari pengalaman menyelam yang mempesonakan.

Kolam Air Panas Grand Prismatic, Wyoming

Kolam air panas ini terletak di Taman Negara Yellowstone. Yang merupakan taman negara pertama di dunia. Kolam air panas ini adalah kolam ketiga terbesar di dunia dan yang penuh dengan warna-warni.

Taman Negara Lembah Bunga, India

Sepanjang cerun tinggi Himalaya Barat, pelancong akan menemui padang rumput yang penuh dengan bunga alpine. Bahagian taman juga adalah habitat kepada banyak spesis haiwan yang sukar ditemui, seperti beruang Asiatic hitam, harimau salji dan biri-biri biru.

Pamukkale, Turkey

Mata air panas di teres travertine dari Pamukkale adalah tarikan utama pelancong di Turki untuk menenangkan diri. Malah ada yang menyatakan sesiapa yang berendam dalam kolam air panas ini, dipercayai mampu mengubati penyakit asma, sakit kulit dan sebagainya. Ya atau tidak? Kesahihannya tidak dapat dipastikan.

Taman Kawachi Fuji, Japan

Taman indah yang mempunyai 20 spesies bunga wisteria ini sememangnya cukup mempesonakan. Berjalan kaki melalui terowong ini adalah satu pengalaman yang nyata hebat untuk dirakam sebagai kenangan.

Daerah Yuanyang, China

Cantik sungguh pemandangan di Daerah Yuanyang, China ini. Padang teres ini mewujudkan pelbagai warna warni berlapis di samping membekalkan beras bagi berjuta-juta penduduk di seluruh negara.

Sungai Caño Cristales, Columbia

Sungai Caño Cristales juga dikenali sebagai Sungai Lima Warna dan sungai paling indah di dunia. Sesiapa yang melihatnya akan merasa kagum, tetapi kerana tahap sedimen yang tinggi ia tidak dapat didiami sebarang spesies ikan.

Namaqualand, Namibia

Tempat ini bagaikaan sebuah magik! Dari sebuah tanah uang kosong dan tandus, ia akan berubah menjadi taman bunga yang subur dan berwarna-warni pada musim bunga. Malah kebanyakan bunga di sini tidak dapat ditemui di tempat lain di dunia.

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan