TERBITAN SEPTEMBER 2017
IKLAN

RIMUP - Platform Terbaik Bina Bangsa Malaysia


Foto : Farizal Mohd Arif

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sememangnya memandang berat akan pentingnya wujud hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum dan etnik di sekolah supaya wujud kesefahaman, berbaik sangka dan saling hormat menghormati. Oleh itu, KPM telah melaksanakan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986 lagi. Program ini adalah cetusan idea oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Aspek perpaduan ini semakin kukuh di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 apabila KPM meletakkannya sebagai salah satu daripada Lima Asprirasi Sistem yang perlu dicapai.

Program ini pada awalnya dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kemudian diperluaskan ke semua sekolah menengah bermula pada tahun 2005. Melalui program ini KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. KPM yakin perpaduan dapat dipupuk dan dibina agar semangat dapat terus diamalkan oleh murid sebagai ahli masyarakat dan warga Malaysia yang dapat menyumbang kepada kemakmuran negara di masa akan datang. Usaha ini ditambah baik ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan