Pendidik September 2017
Pena Pengarang

Guru Pemupuk
Semangat Patriotisme Murid

Kehidupan dalam era teknologi maklumat dan informasi dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Pelbagai kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran, aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melalaikan generasi muda daripada memikirkan peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara.

Mereka mungkin asyik atau mudah dibuai oleh segala kesenangan dan kemewahan hidup demikian sehingga tidak terpanggil untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan bangsanya, atau beranggapan bahawa soal pembangunan, kemajuan dan masa depan bangsa dan negaranya bukan bidang yang menuntut perhatian mereka.

Bertahun-tahun tanggapan negatif terhadap sikap patriotisme golongan muda digembar-gemburkan.

Generasi muda termasuk murid zaman sekarang yang pada hakikatnya memang tidak pernah melalui pahit getir zaman penjajahan, darurat, tetapi menikmati hidup dalam era yang diwarisi daripada generasi sebelumnya yang terpaksa mempertaruhkan nyawa mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan negara. Namun jangan cepat kita mempersoalkan rasa cinta mereka kepada negara di dalam hati mereka.

Kita baharu sahaja menyaksikan bagaimana semangat juang yang ditunjukkan oleh anak-anak muda daripada usia murid sekolah untuk meraih pingat untuk Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Lihat titisan air mata atlet muda yang gembira dan yang kecewa semata-mata demi negara.

Golongan remaja dan murid sekolah juga yang bersemangat memeriahkan perarakan pada Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. Tanpa penyertaan mereka bagaikan tiada seri perarakan tersebut.

Justeru, jangan dituduh mereka tidak tahu apa erti sebenar sebuah perjuangan dan pengorbanan.

Para guru sudah lebih 60 tahun memainkan peranan memupuk dan menggilap semangat patriotisme dalam kalangan murid tanpa jemu.

Rasa cintakan tanah air dan patriotisme terus dipupuk dari peringkat awal alam persekolahan. Sistem pendidikan sedia peka dalam memupuk toleransi antara kaum dalam kalangan murid berbilang kaum dan agama.

Bagaimanapun, pendidikan awal di rumah menjadi teras utama dalam mendidik dan memupuk semangat patriotisme dalam jiwa anak.

Ibu bapalah pendidik utama yang memberi kesedaran dan pendedahan mengenai pengorbanan generasi sekarang dalam mempertahankan maruah negara.

Golongan guru serta semua pihak berkepentingan hanya pemangkin dalam usaha memastikan kelangsungan semangat cintakan negara yang sedia ada.

Antara cara paling mudah untuk para guru menterjemahkan rasa cinta kepada negara adalah dengan menggalakkan murid menjadi rakyat yang baik. Sentiasa mengamalkan lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan serta sentiasa berfikir dan mencari jalan untuk berbakti kepada negara mengikut kemampuan masing-masing.

Hakikatnya ramai dalam kalangan mereka yang berjaya dalam pendidikan sama ada dalam dan luar negara, menjadi pekerja yang profesional serta melakukan banyak perkara yang membanggakan. Ini adalah antara bukti cinta mereka kepada negara.

Selamat menyambut Hari Malaysia.

Seramai 12,997 graduan daripada 36 program telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing di 72 buah kolej vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara. Ketika Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM Kali Kedua 20 hingga 27 Ogos 2017 baru-baru ini, turut diraikan adalah pelajar-pelajar yang terlibat dalam Program ‘Buying Places’ KPM bersama dua buah Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) iaitu Malaysian Institute of Technology Academy (MITA) dan Akademi Latihan Penerbangan Malaysia (MATA). Selain itu, majlis ini juga turut meraikan Anugerah Pelajar Terbaik Program dan Anugerah Emas Menteri Pendidikan.

Tumpuan

Dua Tahun KPM Di Bawah Mahdzir Khalid

Menteri Pendidikan ialah jawatan politik tertinggi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penjawat jawatan berkenaan sekarang, Dato’ Seri Mahdzir Khalid merupakan Menteri Pendidikan ke-17. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan dalam barisan Kabinet Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika rombakan Kabinet tahun 2015. Sebelum itu beliau adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (16 Mei 2013 – 29 Julai 2015).

Laporan Khas

RIMUP - Platform Terbaik Bina Bangsa Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sememangnya memandang berat akan pentingnya wujud hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum dan etnik di sekolah supaya wujud kesefahaman, berbaik sangka dan saling hormat menghormati. Oleh itu, KPM telah melaksanakan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986 lagi. Program ini adalah cetusan idea oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Aspek perpaduan ini semakin kukuh di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 apabila KPM meletakkannya sebagai salah satu daripada Lima Asprirasi Sistem yang perlu dicapai.

Laporan Khas

Majlis Sambutan Perayaan Juga Boleh Dijadikan Aktiviti Perpaduan

Bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur, Nadzaruddin Kasim, beliau sentiasa berusaha untuk tampil dengan idea kreatif dalam pelaksanaan RIMUP.

Wawancara

KPM Pemangkin Pembangunan Sukan - 'Kilang' Hasilkan Pegawai & Atlet Terbaik Negara

Tidak dapat dinafikan lagi, dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, sukan berupaya menjadi wadah yang berkesan dalam usaha memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang bertoleransi. Sukan sering kali dilihat terbukti mampu membuat semua pihak mengetepikan fahaman politik, perbezaan budaya serta agama hingga mampu duduk semeja, sebulat suara menyokong pasukan negara atau pun sama-sama bersorak untuk meraikan kejayaan Malaysia.

Kolumnis

Semarak Cinta Negara Selepas 60 Tahun Merdeka

Mencintai negara mestilah dengan sejujur hati dan setulus jiwa. Rasa cinta ini mestilah mendasari seluruh kehidupan dalam sebuah negara merdeka dan berdaulat. Melalui semangat patriotisme ini setiap rakyat dapat dididik ke arah cinta negara. Melalui sistem pendidikan semangat cinta negara ini dapat diterapkan dengan berkesan.

Kolumnis

Anjakan 5: Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah

Di bawah pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kejayaan sebuah sekolah bukan sahaja diukur daripada kejayaan akademik, tetapi juga dilihat daripada kemampuan pemimpin sekolah menterjemahkan keberhasilan murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kolumnis

Imbasan PPPM 2013-2025: Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia (Bahagian II)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) telahpun memasuki tahun ke lima pelaksanaannya. Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan PPPM yang diterbitkan saban tahun, inisiatif PPPM yang dilaksanakan telahpun mencapai keberhasilan yang dihasratkan. Ikuti rencana kedua dalam siri nukilan mengenai PPPM khusus untuk warga pendidikan.

Rencana Umum

Peranan Penting Alumni - Bantu Kecemerlangan Sekolah & Kemenjadian Murid

Antara objektif dan misi utama setiap sekolah di serata dunia adalah untuk memastikan keberhasilan murid yang cemerlang dalam semua segi. Tahap kecemerlangan yang dimaksudkan itu tidak hanya terbatas kepada aspek akademik semata-mata bahkan juga mencakupi aspek bukan akademik seperti ketrampilan sahsiah serta kecerdasan emosi (EQ).

Inspirasi

Puan Sri Halimah Abdul Majid - Penjual Tikar Mengkuang Jadi Pendidik Anak Bangsa & Ubah Nasib Keluarga

Pertama kali bersua muka dengan ibu kepada tujuh orang cahaya mata itu, wajahnya tidak lokek melontarkan senyuman. Perwatakan beliau yang menyenangkan itu ternyata berjaya menggamit kemesraan segera, justeru tidak hairanlah mengapa ramai yang berasa selesa tatkala berada di sampingnya.

Tokoh Pendidikan

Datuk Omar Mohd Hashim - Pemikir dan Perancang Pendidikan Negara

NAMA Datuk Omar Mohd Hashim bukan saja terpahat dalam tinta sejarah negara kita sebagai seorang pemikir dan perancang pendidikan tetapi namanya turut disegani di peringkat antarabangsa. Sumbangan beliau yang tidak terhingga terhadap pendidikan Negara menyaksikan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan pada tahun 2012

Fakta

Dunia Penuh Warna-Warni

Destinasi dan tempat yang penuh berwarna-warni sering dikenal pasti dengan fantasi. Tetapi jangan salah, di dunia nyata terdapat destinasi yang penuh dengan warna lukisan semulajadi. Lokasi ini mungkin bakal menjadi destinasi pelancongan anda yang seterusnya dan tempat anda berswafoto tanpa henti.

Kolumnis

Bantu Murid Miskin Tanggungjawab bersama

Tidak dapat dinafikan bahawa persekitaran sekolah terdiri daripada komposisi murid dari pelbagai latar belakang dan status sosio ekonomi yang berbeza. Latar belakang murid yang berbeza ini turut memberi implikasi ke atas kemampuan ibu bapa dalam menguruskan keperluan pendidikan dan persekolahan anak-anak.

Rencana Umum

Hentikan Budaya “Ya Tuan, Ya Puan”

Di mana saja anda bekerja atau berkhidmat, anda pasti akan bertemu, berjumpa dan mungkin bekerja dengan sebilangan rakan sekerja yang bersikap ‘menurut’, ‘mengangguk’ dan ‘mengiyakan’. Yang menjadi lazimnya, mereka ini jika bersama kita; mereka akan sering bercakap tidak baik mengenai mereka yang berstatus ‘ketua atau pihak atasan’.

Fakta

Apa Itu Chinlone?

Baru-baru ini skuad Chinlone Malaysia telah menjadi penyumbang emas pertama buat kontinjen negara dalam Sukan SEA 2017. Kejayaan tersebut sekaligus menamatkan kemarau emas skuad negara sejak sukan tersebut diperkenalkan empat tahun lalu. Sukan Chinlone jarang diperkatakan terutama dalam kalangan masyarakat negara ini, malah ramai yang mengakui pertama kali mendengar nama sukan tersebut pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Rencana Umum

“FUNDRAISING CHARITY DINNER 2017” - Kolaborasi Kumpul Dana Pavilion SMK Saujana Impian

Anjakan Ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan satu ekosistem pembelajaran dalam komuniti melalui jalinan kerjasama yang rapat serta erat antara sekolah dengan ibu bapa, komuniti agensi kerajaan, swasta, IPTA dan IPTS.

Halaman 1 dari 3