TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Perjalanan Baru Bermula

— oleh SITI ZAITON AHMAD —

Desup angin, dehem enjin, jerit hon
berlumba mencumbu bunyi
kerinting awan menyelit di biruan langit
menyaksi kesesakan mendereti giliran
sabar pun berperang mengira setiap detik
terputus dari waktu yang tersepit.
Lemau iktibar berkibaran
sesekali tercium bauan hangit kesal
yang terpaksa dipadamkan
dengan pasrah yang kental
kerana perjalanan ini baru bermula
perjalanan ini masih mengkal
masih belum bertemu papan penanda.

SITI ZAITON AHMAD
Pinggiran Tapah


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan