TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Di Media Sosial

— oleh MUHAMAD HISHAM LEE —

Di media sosial
banyak berita aneh
banyak khabar pelik
menggemparkan suasana damai
melingkari maya menerobos realiti
bercampur antara kepalsuan
beberapa minit lebih pantas
tersebar merata luas
lava emosi melimpah tak tertahan
ditular kepada kenalan
jauh dan dekat
mencetus cemas menimbul gundah
terhasil kacau merebak cepat.

Mengapa tidak sebagai insan
merenung dan berfikir
menyaring setiap kisah
datangnya silih berganti
manusia bukan robot
mengikut menerima tanpa soal
sehingga telefon lebih pintar
daripada manusia.

MUHAMAD HISHAM LEE
Pasir Gudang, Johor


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan