TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Satu Kunci Pintu Salasilah

— oleh M. ASRI ANWARI —

Satu kunci dapat membuka
sehelai daun pintu
dan dengan kunci juga boleh membuka
sekeping hati manusia
ke jalan kebaikan.

Satu kunci dapat tutup
sehelai daun pintu
dan dengan kunci juga boleh menutup
sekeping hati manusia
ke jalan kejahatan.

Gunakanlah sebaik kunci
untuk masa depan hayat kita
dan membuka pintu salasilah
negara bangsa
di persada bahasa merdeka.
Jadilah kunci yang boleh membuka segala pintu kebaikan
dan mengunci segala pintu keburukan
itulah yang perlu kamu jadikan.

M. ASRI ANWAR
Nilam Puri


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan