TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Kitab Waktu

— oleh MEEN SOKRI —

Dua waktu tersimpul dalam himpunan dosa yang panjang
Membias cahaya
Dari celahan warna-warna jingga
Kitab-kitab masa yang terhimpun mula carik

Gelas retak
Mangkuk berderai
Yang tinggal cuma kaca-kaca berserakan

Lalu apa kau ingin menghukum masa?
Atau takdir yang tercela?
Atau dosa yang terhina?
Atau manusia-manusia gila?

Menangislah masa
Kerana barangkali ada bait-bait yang tidak tertulis
Atau lukisan-lukisan yang tidak terlukis
Seperti karma yang menjengah dari celahan jendela

Menangislah waktu
Resahmu hanya hambatan dejavu
Sedang mesin masa tidak pernah peduli padamu.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan