TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

SMK TUN SABAN - Lahirkan Atlet Memanah Kelas Dunia


Md Razali dan Muhammad Amirul memberikan tunjuk ajar kepada Muhamad Syahmi. Md Razali dan Muhammad Amirul memberikan tunjuk ajar kepada Muhamad Syahmi.

Memanah merupakan sukan yang menggunakan busur dan anak panah. Ia berasal dari perkataan Latin arcus bermakna “bow” (busur) atau “arch”. Memanah boleh digambarkan sebagai sukan statik yang memerlukan kekuatan dan ketahanan bahagian atas badan, khususnya lengan dan bahu selain keupayaan dan ketajaman tumpuan atau fokus.

Memanah sentiasa menjadi perhatian disebabkan ia merupakan salah satu acara dalam Sukan Olimpik dan juga satu budaya yang popular. Di Malaysia, prestasi sukan memanah dilihat semakin cemerlang dan buktinya jumlah kutipan pingat yang disumbangkan oleh skuad memanah negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 lalu cukup membanggakan.

Melihat pada itu, wartawan Majalah Pendidik telah berkunjung ke Daerah Pengkalan Hulu, Perak bagi mendekati Guru dan juga Jurulatih di SMK Tun Saban (SMKTS), Md Razali Hasan, 47, untuk berkongsi cerita mengenai prestasi Pusat Latihan Memanah Negeri yang telah berjaya melahirkan ramai atlet memanah terbaik kebanggaan Malaysia.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan