TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Amalan Kepimpinan Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas


Kebiasaannya kepuasan kerja merupakan faktor utama yang mendorong seseorang guru itu berada pada tempoh yang lama di sesebuah sekolah tempat mereka bertugas. Antara faktor penting guru-guru bertindak sedemikian disebabkan amalan kepimpinan seseorang pengetua. Amalan kepimpinan pengetua yang unggul dapat mempengaruhi minda, emosi dan cara kerja guru sehinggakan mereka sanggup berkorban tenaga, masa serta wang ringgit untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Walaupun banyak pengorbanan dilakukan tetapi guru-guru berasa puas untuk terus berkhidmat kepada pengetua dan sekolah berkenaan.

Situasi ini juga berlaku pada guru-guru pendidikan khas di program pendidikan khas integrasi (PPKI). Guru-guru pendidikan khas secara spesifiknya adalah berada di bawah pentadbiran dan pengurusan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK) iaitu perjawatan yang telah diwujudkan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 15 Tahun 2010. GPKPK bertanggungjawab terhadap semua hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan khas dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan sebagainya.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan