TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Khasiat Halia


Gambar hiasan Sumber www.organicfacts.net Gambar hiasan Sumber www.organicfacts.net

Halia merupakan sejenis tumbuhan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita bahkan penggunaannya sebagai rempah ratus dalam masakan telah diaplikasikan sejak turun-temurun lagi. Dikenali dengan mana saintifiknya, zingiber officinale, halia juga terbukti sangat bermanfaat bagi kesihatan dalaman serta luaran. Berikut adalah beberapa khasiat halia bagi tujuan kesihatan.

Merawat Selesema

Halia sememangnya berupaya untuk melawan penyakit serta jangkitan. Pengambilan air panas yang direndam halia segar sebanyak dua hingga tiga kali sehari dapat membantu merawat masalah selsema.

Melancarkan penghadaman

Pengambilan halia akan membantu melancarkan proses penghadaman kerana ia merangsang kelenjar pencernaan sekali gus meningkatkan penyerapan makanan dan memberi keselesaan perut.

Mencegah dan merawat barah

Kajian oleh University of Minnesota mendapati halia boleh melambatkan pertumbahan sel-sel kanser kolorektal atau kanser usus.

Mengurangkan mual

Kajian mendapati halia dapat membantu mengurangkan rasa loya atau mual terutama buat ibu-ibu hamil. Ia sekali gus, dapat mengurangkan kesan sampingan penggunaan ubat-ubatan moden.

Merawat cirit-birit

Satu kajian membuktikan halia berupaya mengurangkan gas di dalam perut yang merangsang kepada cirit-birit. Di China, sejak beribu tahun lalu, serbuk halia telah diberikan kepada mereka yang mengalami cirit-birit dan ia terbukti mempu membantu merawatnya.


Artikel yang berkaitan

Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan