TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Kantin Sebagai Anjung Pupuk Perpaduan


Galakkan atau pastikan murid bergaul tanpa mengira kelompok etnik di kantin. Galakkan atau pastikan murid bergaul tanpa mengira kelompok etnik di kantin.

Sekolah bukan sahaja menjadi tempat bagi seseorang murid menimba ilmu, pengetahuan dan kemahiran tetapi juga bertindak sebagai medan pemupukan hubungan etnik dalam kalangan murid. Di sekolah yang memperlihatkan murid daripada pelbagai etnik, bilik darjah merupakan persekitaran yang mendukung pelbagai aktiviti melalui pola pengajaran dan pembelajaran (PdP); yang mendorong interaksi dan sosialisasi dalam kalangan murid. Pelbagai aktiviti pembelajaran yang efektif di bilik darjah tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam merangsang dan memupuk interaksi dan sosialisasi yang positif dalam kalangan murid pelbagai etnik.

Persoalannya, adakah bilik darjah merupakan satu-satunya lokasi utama yang dapat memperkukuh pembentukan hubungan etnik dalam kalangan murid? Adakah keutamaan yang diberikan dalam bilik darjah turut diberikan kepada lokasi di luar bilik darjah oleh pihak sekolah dalam agenda untuk terus merangsang dan memperkukuh hubungan etnik dalam kalangan murid pelbagai etnik di persekitaran sekolah? Adakah lokasi seperti kantin, perpustakaan, taman ilmu dan pondok bacaan dimanfaatkan sepenuhnya untuk merangsang interaksi dan sosialisasi seterusnya memperkukuh hubungan etnik dalam kalangan murid pelbagai kaum? Tidak dapat dinafikan bahawa banyak lokasi sebegini di persekitaran sekolah yang belum dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan ini.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan