TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Batuk dan Selesema Akibat Perubahan Cuaca


Perubahan udara dan suhu boleh mempengaruhi tubuh kita. Ketika perubahan cuaca berlaku, tubuh secara automatik akan berusaha menyesuaikan dengan suhu sekitar. Ketika itulah daya tahan tubuh boleh menurun. Keadaan ini yang kemudian menyebabkan kita mudah jatuh sakit.

Selain itu, suhu dan cuaca yang berubah-ubah merupakan kea­daan yang mem­percepatkan virus dan bakteria lebih cepat membiak. Beberapa penyakit yang sering berlaku ketika cuaca berubah-ubah antara lain ialah jangkitan pada saluran pernafasan, batuk dan selesema.

Batuk

Penyebab batuk biasanya akibat selesema dan jangkitan pada saluran pernafasan. Batuk sendiri merupakan mekanisme semula jadi tubuh untuk mengeluarkan benda asing yang ada di dalam saluran pernafasan. Ketika cuaca berubah-ubah, virus selesema dan kuman penyebab jangkitan pada saluran pernafasan membiak dengan cepat sehingga batuk menjadi semakin teruk.

Selesema

Pada umumnya selesema bermula dengan gejala seperti demam, batuk, menggigil, sakit otot, sakit kepala dan keletihan. Selesema sangat mudah disebarkan menerusi kahak atau lendir daripada batuk, bersin daripada orang yang sudah menghidap selesema, dan sentuhan pada permukaan yang terdedah virus influenza. Namun, virus ini lemah pada sinar matahari, basuhan sabun dan bahan pencegahan sehingga mampu mengurangkan risiko penularannya.

Jangkitan Saluran Pernafasan

Jangkitan pada bahagian pernafasan berlaku ketika cuaca berubah-ubah antara lain menyebabkan rhinitis, sinusitis, faringitis, tonsilitis dan laringitis. Penyakit-penyakit ini muncul dalam bentuk demam, batuk, bersin dan sakit tekak. Selain jangkitan pada saluran pernafasan, asma atau lelah juga lebih mudah terjadi pada cuaca yang seperti ini.

Oleh demikian, berhati-hati dengan keadaan cuaca yang berubah-ubah.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan