TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasas keperluan


Ukuran pencapaian sekolah di Malaysia adalah berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk prestasi utama (KPI) seperti mana diterapkan dalam perkhidmatan awam yang lain. Sistem pengurusan prestasi sekolah ini penting bagi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memberikan intervensi khusus berdasarkan kekuatan serta aspek yang perlu ditambah baik bagi memastikan keberhasilan murid dapat dicapai.

Tuntutan sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, tahap disiplin yang baik, amalan pengurusan dan kepimpinan berkesan, kompetensi guru yang tinggi dan sebagainya memerlukan usaha secara berterusan bukan sahaja daripada pihak sekolah tetapi juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan  Daerah (PPD).  Kedua-dua badan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini perlu merangka strategi bagi menambah baik sistem serta amalan di sekolah dan seterusnya menyumbang kepada keberhasilan sekolah.  Menyedari keperluan ini, KPM melalui Anjakan Ke-6 yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merasakan perlu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan