TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Laporan Tahunan 2016 PPPM - Bukti Ketelusan Pendidikan Negara


Foto : Arkib Majalah Pendidik

Untuk kali keempat sejak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dilancarkan pada 6 September 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjaya mengotakan janji dengan menerbitkan Laporan Tahunan PPPM sebagaimana yang dijanjikan dalam Anjakan 11. Hari Isnin, 21 Ogos 2016 menyaksikan Kementerian melancarkan Laporan Tahunan 2016 yang membentangkan secara telus pencapaian pelaksanaan PPPM dalam tahun pertama Gelombang Kedua dengan janji untuk ‘memacu peningkatan sistem’.

Umum sedia maklum tentang transformasi pendidikan negara yang telah dilaksanakan dengan begitu terancang dan berstruktur sejak 2013. Tidak pernah dalam sejarah pendidikan negara satu proses konsultasi secara menyeluruh dijalankan melibatkan input daripada segenap lapisan masyarakat, sama ada secara bersemuka mahupun secara atas talian. Dialog Nasional Pendidikan Negara telah diadakan di 16 lokasi di seluruh negara pada 2012 dan rakyat berpeluang untuk memberikan maklum balas mengenai sistem pendidikan kebangsaan demi menyediakan asas yang kukuh kepada anak-anak warganegara mendepani cabaran global dan ketidak tentuan dunia akan datang.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan