TERBITAN OKTOBER 2017
IKLAN

Mempelawa Pandangan & Idea Guru


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumpul idea dan pandangan daripada kalangan guru dan ahli akademik seluruh negara bagi menangani masalah salah laku pelajar yang semakin membimbangkan.

Untuk tujuan tersebut, Menteri Pendidikan, Dato’ Sri Mahdzir Khalid mempelawa semua warga pendidik terutamanya para guru di sekolah untuk melontarkan idea atau pandangan kepada Kementerian Pendidikan bagi membentuk keperibadian pelajar dan sahsiah diri ekoran kebimbangan terhadap apa yang berlaku melibatkan golongan tersebut kebelakangan ini.“Semua boleh berikan pandangan termasuk guru besar, guru, guru berprestasi tinggi, guru sementara, guru di bandar mahupun di luar bandar,” katanya selepas program Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Parlimen Bakri, Muar, Ledang dan Pagoh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, 30 September lalu.

Katanya guru yang berkhidmat lebih 25 tahun amat dialukan memberikan pandangan memandangkan mereka lebih berpengalaman dan memahami apa yang berlaku di sekolah.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan