AKU MERDEKA

— oleh Grase Reen Ammira Ginsuab —

Meniti laluan becak berlumpur
Berlari anak elakkan gerimis
Tekad azam rapi di dada
Ku capai merdeka bebas ke bintang

Jiwa kecilku cukup mengerti
Diri tak rela dijajah kesempitan
Peluang terbuka terpulanglah diri
Menyusuri titian ke arah merdeka

Menapak berjalan berlari terus
Mengapai impian nun di hadapan
Walau setinggi langit samudera
Digagahi umpama seorang pahlawan
Sampai akhirnya boleh mengungkapkan
Aku Merdeka, Aku Merdeka!

Grase Reen Ammira Ginsuab
SK Kiau 1, Kota Belud


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan