AKU & KEMERDEKAAN

— oleh KOLNAH SELIM —

Berkibar penuh gah
Merah, putih, biru, kuning
Lambang kemegahan negaraku
Tonggak semangat kekuatanku
Lambang perpaduan
Harmoni berbilang kaum

Unik negaraku
Pemandangan indah permai
Menggamit jiwa-jiwa pencinta
Menggubah bunga-bunga dijiwa
Tanah tumpah darahku
Terukir bahagia dihatiku
Menjadi permata selamanya

Kunikmati KEMERDEKAAN ini
Dari tumpahan darah leluhur
Semangat berjuang yang menyala
Menuntut
janji hak sesama
Tabah, ikhlas menggapai cahaya mentari
Kini hebat dijajahan sendiri

Setiaku disini
Membina anak bangsa
Aset utama negaraku
Aku negaraku
Gemilang negaraku

Syukur kupanjatkan ke hadirat Ilahi
Keamanan masih mengkubahi
Siramlah
Tumbuhlah
agar subur
Harum semerbak mewangi

Ungkapan MERDEKA
Hargai dan selami
Jangan pula tersalah tingkah
Akibatnya hancur satu negara
Nikmatilah erti Kemerdekaan
Dengan penuh muhasabah diri.

SELAMAT HARI MALAYSIA..
Merdeka!

KOLNAH SELIM
SK Kiau 1, Kota Belud,
Sabah


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan