Cara Guna Minyak Masak Berulang Kali


Minyak masak seme­mangnya bahan uta­ma dalam proses penyediaan masakan. Dari meng­goreng, menumis sehingga­lah membakar, penggunaannya seperti suatu kepentingan.

Minyak masak yang berkualiti akan menghasilkan makanan yang menarik, rangup dan memberikan rasa yang sedap. Oleh itu, amalan penggunaan yang baik dapat menjamin kualiti dalam setiap masakan anda.

1. Tapis sisa masakan dalam minyak

Minyak masak perlu disejuk­kan sebelum ditapis. Guna alat tapis untuk menapis minyak masak seperti kain jarang seperti cheese cloth (bagi sisa halus) atau alat penapis stainless steel bagi sisa makanan yang terapung di dalam minyak.

2. Bersihkan Alatan Menggoreng

Guna alat menggoreng yang mudah dibersih dan diselenggara. Alat peralatan seperti penapis minyak, senduk atau alat kacau sebaik-baiknya diperbuat daripada stainless steel kerana ia tidak bertindakbalas dengan minyak. Jangan lupa bersihkan alat menggoreng dan alat penapis minyak secara teratur.

3. Guna minyak yang berkualiti

Guna minyak masak yang jernih bagi meng­goreng makanan. Elak memasukkan bahan pera­sa dalam minyak masak untuk menggoreng. Elak juga dari memasukkan makanan sejuk beku ke dalam minyak panas kerana air akan memudahkan minyak menjadi rosak.

4. Jangan campur minyak lama dengan baru

Elak daripada menambah minyak masak yang baharu ke dalam minyak masak yang telah lama digunakan. Pastikan kandungan makanan dalam minyak menggoreng tidak melebihi 1/6 daripada kandungan minyak. Jika ada bau tengik menyengat, ini bermakna minyak mungkin telah rosak, secara tidak langsung makanan yang anda goreng juga akan berbau dan tercemar.

5. Bila perlu buang minyak terpakai?

Elakkan menggunakan minyak masak lebih dari dua kali. Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak masak baharu jika:
  • Warna minyak masak menjadi perang pekat.
  • Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat.
  • Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan.
  • Warna makanan yang digoreng men­jadi terlalu perang dan tidak menarik.
  • Rasa makanan yang digoreng men­jadi tidak sedap disebabkan oleh sisa makanan dalam minyak masak.

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan