5 Cara Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat


Sakit gigi adalah gejala biasa yang sering di alami oleh semua peringkat umur. Sakit gigi merupakan sakit yang mempunyai skala dari biasa sehinggalah rasa sakit sampai ke rahang. Punca utama sakit gigi diakibatkan oleh kaviti, jangkitan, gigi berlubang, sakit gusi dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang mengalaminya, pasti segala aktiviti seharian anda bakal terbantut. Masalah ini harus di ubati kerana ia boleh menyebabkan punca kepada penyakit lain.

1. CENGKIH

Orang dulu-dulu memang suka kunyah cengkih untuk menyegarkan mulut dan tidak tersangka ia juga berkesan sebagai ubat ‘bius’ untuk hilangkan sakit. Gigit sebiji atau dua (ikut keselesaan dan tahap kesakitan anda) pada tempat yang sakit. Boleh juga tumbuk cengkih dan isi ke dalam gigi yang berlubang.

2. BAWANG PUTIH

Bawang juga mampu memberi kelegaan dari kesakitan dengan membunuh kuman penyebab infeksi. Jika anda mula rasa sakit gigi, kunyah bawang mentah selama beberapa minit untuk mengurangkan kesakitan. Jika tidak mampu kunyah, ambil sedikit hirisan bawang dan letakkan pada gigi rosak atau gusi yang sakit tersebut. Biarkan seketika dan anda boleh rasai keberkesanannya.

3. AIR GARAM

Ambil satu sudu kecil garam dan larutkan ke dalam satu cawan air panas untuk membuat mouthwash yang membunuh kesakitan. Biarkan sehingga suam dan kumur selama 30 saat. Air garam membersih kawasan di sekitar gigi dan juga membantu mengurangkan bengkak pada gusi.

4. GARAM & LADA HITAM

Campuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai antibakteria, anti-radang dan pelali. Campur garam dan lada hitam dalam kuantiti yang sama dengan beberapa titik air untuk menjadi pes. Letakkan bahan ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Ulang setiap hari sehingga rasa sakit berkurangan.

5. TEH

Teh hitam yang pekat dipercayai dapat membantu hilangkan sakit dengan mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai digunakan untuk berkumur. Selain itu, anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam untuk dituamkan pada gigi yang sakit itu untuk kelegaan sementara membuat temujanji dengan doktor.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan