Peringatan 20 Ribu Guru Lantikan 2014-2016 : Ikuti Kursus Online PTM-EPSA Untuk Disahkan Jawatan


Bagi semua kakitangan awam umumnya, termasuk guru-guru selaku Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), semua sedia maklum bahawa Program Transformasi Minda (PTM) merupakan kursus wajib yang perlu dihadiri sebagai satu daripada syarat untuk disahkan jawatan dalam perkhidmatan masing-masing. PTM ini sebenarnya menggantikan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) sebelumnya yang juga lebih dikenali sebagai Kursus Induksi. Semua penjawat awam termasuk guru yang baharu dilantik wajib menduduki PTM dalam tempoh percubaan maksimum tiga tahun masing-masing.

Perubahan atau penjenamaan semula daripada Kursus Induksi kepada PTM mulai tahun 2013 adalah kerana perubahan dalam modul-modul dan objektif kursus selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). PTM diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, memahami sistem pentadbiran kerajaan, memupuk peribadi dan pembentukan jati diri serta menerap nilai budaya kerja yang cemerlang.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan