Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan Malaysia


Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak meluangkan masa menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2017 baru-baru ini. Majlis yang diadakan di perkarangan bangunan KPM Putrajaya itu dihadiri lebih 3,000 jemputan dari pelbagai jabatan kerajaan serta agensi swasta.

Pada majlis berkenaan, Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid turut mengambil peluang beramah mesra dengan para tetamu yang hadir. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof dan Ketua Setiausaha KPM, Dato’ Sri Alias Hj Ahmad.

Tetamu yang hadir pada majlis tersebut telah disajikan dengan pelbagai juadah tradisional Melayu seperti rendang, lemang, laksa, soto dan sebagainya.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan