Pendidik Ogos 2017
Pena Pengarang

Tiga
‘Hari Besar’
Paling Bermakna

Ada tiga acara besar berlaku pada hujung Ogos ini. Bermula dengan temasya Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur pada 19 hingga 30 Ogos. Sehari selepas itu berlangsung sambutan Hari Kebangsaan ke-60 pada 31 Ogos dan kemudian diikuti perayaan Hari Raya Aidiladha pada 1 September 2017.

Ketiga-tiga acara ini mempunyai hubung kait  yang kuat dengan semangat perjuangan dan pengorbanan.

Sebagai tuan rumah kepada atlet dan peserta Sukan Asia Tenggara ini, kita digalakkan memberi layanan yang terbaik kepada tetamu dan jiran tetangga negara.  

Banyak wang dibelanjakan untuk menganjurkan kejohanan sukan yang terunggul di rantau itu. Begitu juga banyak tenaga dan masa dicurahkan oleh pemimpin, pegawai kerajaan, jurulatih, atlet dan sukarelawan bagi memastikan kelancaran temasya ini.

Pastinya kita tidak patut melupakan jasa dan pengorbanan para guru, jurulatih dan atlet sekolah yang sekian lama menitiskan peluh untuk melahirkan bakat-bakat muda hingga mencapai tahap terbaik masing-masing.

Diharapkan latihan keras yang mereka jalani selama ini berbaloi dengan mengumpul sebanyak mungkin pingat. Lebih manis jika Malaysia menjadi juara keseluruhan Sukan SEA 2017.

Jika hasrat itu tercapai, bertambah meriah sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos, sehari selepas penutupan Sukan SEA pada malam 30 Ogos.

Suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-60 yang mengiringi kejayaan Sukan SEA akan dikenang oleh semua rakyat sepanjang hayat.

Kemeriahan menyambut kemenangan atlet anak bangsa serta menghayati perjuangan menuntut kemerdekaan  akan diteruskan dalam merayakan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.

Untuk memeriahkan tiga sambutan yang bermakna itu, semua pihak termasuk guru dan murid perlu memberi sokongan dan semangat kerjasama antara satu sama lain.

Berilah sokongan padu kepada kontingen Malaysia di Sukan SEA 2017.

Sambutlah Hari Kebangsaan Ke-60 dengan penuh penghayatan.

Raikanlah Hari Raya Aidiladha dengan berbanyak kesyukuran kepada Ilahi.

Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini dirangka selaras dengan Aspirasi Sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan akses; setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi diri masing-masing.

Album

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan Malaysia

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak meluangkan masa menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2017 baru-baru ini. Majlis yang diadakan di perkarangan bangunan KPM Putrajaya itu dihadiri lebih 3,000 jemputan dari pelbagai jabatan kerajaan serta agensi swasta.

Semasa

Menangani Gejala Buli

Tindakan drastik untuk tutup sekolah atau menghentikan pengoperasian sekolah sebagai usaha menyelesaikan isu buli di peringkat sekolah tidak ada dalam cadangan Kementerian Pendidikan. Demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon kepada Dewan Rakyat, di Parlimen bagi menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada 24 Julai lalu.

Kemerdekaan di mata anak muda

USIA bukanlah penghalang kepada anak muda zaman sekarang untuk bergelar usahawan. Malah memegang status remaja juga tidak bermakna mereka tidak pandai membuat keputusan dan perubahan dalam hidup.

Kolumnis

Mantapkan Integrasi Nasional Dalam Pendidikan

Negara kita Malaysia masih lagi mempunyai potensi luas untuk terus berkembang maju pada masa akan datang.  Berdasarkan perkembangan semasa tidak mustahil bagi Malaysia Berjaya mencapai matlamat untuk muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020 yang hanya tinggal tiga tahun lagi.

Kolumnis

Anjakan 4: Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi profesion pilihan

Keberhasilan murid banyak bergantung kepada kualiti guru yang mendidik murid di alam persekolahan selama 11 tahun (sekolah rendah dan menengah). Kualiti guru ini tidak hanya merujuk kepada kemampuan mereka dalam pengajaran ataupun membimbing murid ke arah kecemerlangan tetapi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lebih dari itu. Peningkatan kualiti guru secara berterusan dengan membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas di mana guru akan membimbing satu sama lain, saling memberi inspirasi, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mengamalkan nilai kebertanggungjawaban untuk memenuhi standard profesional.

Kolumnis

Imbasan PPPM 2013-2025: Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) telahpun memasuki tahun ke lima pelaksanaannya. Sebagaimana yang wtelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan PPPM yang diterbitkan saban tahun, inisiatif PPPM yang dilaksanakan telahpun mencapai keberhasilan yang dihasratkan. Ikuti rencana pertama dalam siri nukilan mengenai PPPM khusus untuk warga pendidikan.

Tumpuan

Peringatan 20 Ribu Guru Lantikan 2014-2016 : Ikuti Kursus Online PTM-EPSA Untuk Disahkan Jawatan

Bagi semua kakitangan awam umumnya, termasuk guru-guru selaku Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), semua sedia maklum bahawa Program Transformasi Minda (PTM) merupakan kursus wajib yang perlu dihadiri sebagai satu daripada syarat untuk disahkan jawatan dalam perkhidmatan masing-masing. PTM ini sebenarnya menggantikan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) sebelumnya yang juga lebih dikenali sebagai Kursus Induksi. Semua penjawat awam termasuk guru yang baharu dilantik wajib menduduki PTM dalam tempoh percubaan maksimum tiga tahun masing-masing.

Kesihatan

5 Cara Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat

Sakit gigi adalah gejala biasa yang sering di alami oleh semua peringkat umur. Sakit gigi merupakan sakit yang mempunyai skala dari biasa sehinggalah rasa sakit sampai ke rahang. Punca utama sakit gigi diakibatkan oleh kaviti, jangkitan, gigi berlubang, sakit gusi dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang mengalaminya, pasti segala aktiviti seharian anda bakal terbantut. Masalah ini harus di ubati kerana ia boleh menyebabkan punca kepada penyakit lain.

Laporan Khas

Raya Anak Gelandangan Di SBJK

TATKALA bulan Ramadan berbaki kira-kira seminggu lagi, suasana di pasar raya Tesco Extra Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada pagi itu sudah pun meriah dengan alunan lagu-lagu raya yang sedang rancak berkumandang. Di suatu sudut yang lain pula, kelihatan sekumpulan kanak-kanak berpakaian ringkas dengan mengenakan seluar sukan yang dipadankan dengan baju-T sedang duduk bersila sambil berbual kosong sesama mereka.

Rencana Umum

IQ atau EQ? Yang Mana Satu Wajar Diutamakan?

EMOTIONAL Intelligence (EQ) atau Intelligence Quotient (IQ)? Kecemerlangan akademik ataupun ketrampilan perwatakan dan sahsiah individu? Manakah yang lebih penting? Manakah yang menjadi keutamaan?

Rencana Umum

Pusat Sumber Sekolah Cemerlang, Kualiti Akademik Meningkat

Cabaran pendidikan masa kini meletakkan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai nadi utama dalam mengerakkan aktiviti-aktiviti yang memberikan impak yang tinggi kepada warga sekolah. PSS merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. Justeru PSS perlu diurus secara sistematik dan efisien bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Rencana Umum

Kolej Matrikulasi KPM Lambang Kejayaan Pendidikan Negara

CETUSAN idea Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak yang telah mengilhamkan kewujudan Program Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kira-kira 18 tahun lalu ternyata membawa manfaat besar kepada kira-kira 30 ribu murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun.

Sukan

Sekolah Bekal Atlet Sukan SEA

Temasya Sukan SEA 2017 akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 19 hingga 30 Ogos 2017. Ia akan menjadi kali keenam Sukan Asia Tenggara itu diadakan di Malaysia, selepas tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Rencana Umum

Manfaatkan Grafologi Dalam Sistem Pendidikan Negara (Bahagian Pertama)

Grafologi atau analisis tulisan tangan merupakan satu kajian saintifik seperti ilmu-ilmu lain yang dijalankan untuk membuktikan sesuatu kajian itu boleh diaplikasi dalam kehidupan. Data grafologikal diperolehi daripada pemerhatian, pembelajaran, dan kajian malah ilmu tulisan tangan turut menggunakan hipotesis dan eksperimen untuk mengukuhkan sesuatu fakta atau penemuan.

Info

Cara Guna Minyak Masak Berulang Kali

Minyak masak seme­mangnya bahan uta­ma dalam proses penyediaan masakan. Dari meng­goreng, menumis sehingga­lah membakar, penggunaannya seperti suatu kepentingan. Minyak masak yang berkualiti akan menghasilkan makanan yang menarik, rangup dan memberikan rasa yang sedap.  Oleh itu, amalan penggunaan yang baik dapat menjamin kualiti dalam setiap masakan anda.

Halaman 1 dari 2