Ceritera 11 - Penanggal


Segala-galanya bermula pada Disember itu. Waktu itu banyak majlis perkahwinan dilangsungkan di sekitar kampungku. Namun, aku yang ketika itu baru berusia 10 tahun tidak langsung ambil kisah. Masakan aku yang masih hijau ini mendapat jemputan untuk menghadiri mana-mana kenduri kahwin melainkan jika ibu dan ayah turut diundang. Walaupun demikian, aku sentiasa berharap agar ada peluang untuk aku dan kawan-kawan berada dalam majlis seperti itu, lebih-lebih lagi jika ada nyanyian atau persembahan. Yalah… itu sahajalah waktu yang ada untuk berhibur.

Seperti yang diimpi-impikan, Nanak, kawan sepermainanku datang untuk mengkhabarkan sesuatu. Pada malam nanti ada sebuah rumah di Kampung Ulu Piol akan mengadakan majlis persandingan secara besar-besaran. Satu kumpulan pancaragam yang hebat telah diundang untuk membuat persembahan.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan