Rumah Melayu Tradisional Unik dan Estetik


Foto terkini rumah limas di Kampung Baru. - Foto timeout. Foto terkini rumah limas di Kampung Baru. - Foto timeout.

Rumah merupakan tempat kediaman yang dibina, bersifat kekal, dan dihuni manusia dalam suatu tempoh tertentu. Pembinaan sesebuah kediaman di sesuatu tempat kebanyakannya dipengaruhi oleh kemudahan setempat, kejiranan, kepercayaan, dan keselamatan. Rumah juga merupakan keperluan asas yang kedua penting selepas makan dan minum bagi setiap makhluk yang bernama manusia.

Kini di negara kita telah wujud pelbagai jenis kediaman dengan pelbagai gaya dan rupa seni bina, yang kebanyakannya menggunakan batu bata dan konkrit tertentu. Bagaimanapun, sebelum terbinanya rumah-rumah batu ini, rumah kediaman masyarakat tempatan diperbuat daripada kayu serta tumbuhan, dan lebih dikenali sebagai rumah Melayu.

Hakikatnya, pembinaan rumah Melayu terawal dipengaruhi oleh faktor iklim, agama, sosial, dan persekitaran. Kawasan hutan tanah Melayu pada waktu itu yang subur dan sesuai untuk pertanian telah merancakkan penempatan dan pembinaan rumah Melayu di kawasan tersebut. Fenomena ini berbeza daripada pembinaan kediaman di kawasan yang kaya dengan sumber laut dan sungai, pesisir pantai, dan tepi sungai. Rumah yang bertiang dan berlantai tinggi daripada permukaan tanah dibina di kawasan ini bagi mengelakkan kelembapan atau ditenggelami air jika berlaku banjir.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan