Cabaran Bahasa Rojak - Beransur-ansur menghakis kekuatan Bahasa Melayu


ALIAS AHMAD (tengah) melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Turut serta Abdul Adzis Abas (kanan) dan Md. Salleh Yaapar. ALIAS AHMAD (tengah) melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Turut serta Abdul Adzis Abas (kanan) dan Md. Salleh Yaapar.

Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid digalakkan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Namun apabila berada di luar kelas atau di luar kawasan sekolah, bahasa rojak pula mengambil alih hampir sepenuhnya sebagai bahasa komunikasi.

Pencemaran bahasa rojak dalam kalangan masyarakat khususnya murid sekolah semakin membimbangkan dewasa ini. Bahasa rojak merujuk bahasa bercampur aduk yang digunakan dalam tulisan dan juga lisan. Bahaya penggunaan bahasa rojak adalah ia akan beransur-ansur menghakis kekuatan bahasa Melayu.

Hal ini tidak harus dipandang remeh. Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi barah bahkan bagai api di dalam sekam yang membakar secara senyap sehingga mampu merosakkan kekuatan bahasa Melayu.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan