Pendidik November 2017
Pena Pengarang

Suasana Harmoni Pada Musim
Peperiksaan

Bulan November biasanya berlangsung peperiksaan penting seperti peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Masa inilah murid cuba melakukan yang terbaik ketika menjawab soalan untuk membuktikan kepada ibu bapa dan guru tahap pencapaian mereka dalam bidang akademik sebagaimana yang dimahukan.

Namun kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan guru tetap wujud. Pada diri murid sendiri pula mudah terbawa-bawa perasaan gemuruh dan risau memandangkan semua ibu bapa dan guru serta sekolah mahu hanya yang terbaik daripada murid mereka.

Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan kepada semua pihak khususnya murid. Apatah lagi, murid yang sudah dibebani dengan harapan mendapatkan yang ‘terbaik’ sama ada oleh ibu bapa mahupun guru.

Ibu bapa dan guru perlu memahami keadaan murid yang berhadapan dengan pelbagai tekanan ketika musim peperiksaan.

Setiap murid sebenarnya tidak sama kebolehan mereka dalam akademik. Ada yang cemerlang dan ada yang sederhana, itu yang perlu difahami

Kepada guru dan ibu bapa, kalau boleh nyatakan kepada murid, kecemerlangan akademik bukan satu-satunya jalan untuk hidup cemerlang, bahkan terdapat lagi jalan lain yang boleh dilalui seperti bidang kemahiran, sukan dan sebagainya.

Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar.

Elakkan murid daripada terpaksa berhadapan dengan masalah yang dicetuskan oleh ibu bapa sendiri seperti bergaduh dan bersengketa dengan adik-beradik.

Kepada ibu bapa bapa yang bekerja dan biasanya pulang lewat malam, pada waktu begini pulang lebih awal agar dapat bersama anak-anak, berbual sebentar dan tanamkan keyakinan diri pada anak yang merasakan tidak yakin dengan apa yang dilakukan ketika menjawab peperiksaan nanti.

Guru dan ibu bapa berikanlah harapan kepada murid dengan kata-kata positif. Malah tidak ada sesuatu yang lebih bermakna bagi seorang murd ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu daripada ibu bapanya dan guru.

Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid digalakkan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Namun apabila berada di luar kelas atau di luar kawasan sekolah, bahasa rojak pula mengambil alih hampir sepenuhnya sebagai bahasa komunikasi.

Tumpuan

Alat Peranti Bantu P&P - Peraturan Baru Ini Selaras Perkembangan Teknologi Dalam Bidang Pendidikan

Pada sesi persekolahan 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan murid sekolah di negara ini membawa alat peranti ke sekolah. Peraturan baru ini selaras perkembangan teknologi dalam bidang berkenaan.

Tumpuan

Harapan Pelihara Martabat BM

Isu bahasa Melayu sentiasa dibangkitkan dalam kalangan masyarakat, terutamanya ahli bahasa. Isu yang lazimnya timbul ialah bahasa rojak ataupun bahasa rancu.

Tumpuan

Bahasa rojak - Ancam Kelestarian Bahasa Melayu

ISU bahasa rojak atau campur aduk bahasa Melayu-Inggeris kini mencetuskan kebimbangan banyak pihak termasuk sarjana dan penggiat bahasa mengenai masa depan bahasa kebangsaan di era globalisasi.

Rencana Umum

Graduan TVET WUC - Pamer Kreativiti di Diploma Fashion Show 2017

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau Technical and Vocational Education and Training (TVET) memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk negara terus maju di bawah Rancangan  Malaysia  Kesebelas (RMK-11) 2016-2020.

Kolumnis

Anjakan 7: Memanfaatkan ICT Untuk Tingkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication and Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat semakin penting. ICT merujuk kepada teknologi seperti perkakasan, perisian, telekomunikasi dan rangkaian sama ada dalam bentuk yang nyata (tangible) (contohnya komputer peribadi, pelayan, routers, kabel) dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) (contohnya perisian komputer).

Tokoh Pendidikan

Sekolah Bestari, 'kecacatan sifar' Wan Zahid

TAN Sri Datuk Dr. Wan Zahid Mohd Noordin merupakan seorang tokoh yang terkenal berdisiplin dan menerajui tugas Ketua Pengarah Pelajaran (1993-1997) dengan gaya kepimpinan seorang intelektual yang disegani di negara ini.

Inovasi Sekolah

Murid Dari Kulim Unggul Di Washington & Geneva - Kebanggaan SMK Sultan Badlishah

TERLETAK di selatan negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah (SMKSB), Kulim telah berjaya memahat namanya yang tersendiri di pentas dunia dalam bidang inovasi.

Rencana Umum

Lawat Kilang Percetakan Majalah Pendidik - Pengalaman Baharu Yang Membuka Mata

SERAMAI 90 murid dan 10 guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, Kangar, Perlis mendapat peluang berharga menyaksikan sendiri proses percetakan Majalah Pendidik di Kilang Percetakan Wardah Communication Sdn. Bhd., yang terletak di Balakong, Selangor baru-baru ini.

 

Kolumnis

Memupuk Komunikasi Efektif Sekolah - Ibu Bapa

Sekolah memainkan peranan penting dalam merancang dan merealisasikan makna kerjasama antara keluarga dan sekolah. Dalam hal ini, peranan sekolah untuk bekerjasama dengan ibu bapa tidak mungkin dapat membuahkan hasil jika sekolah gagal membentuk kepercayaan ibu bapa terhadap sekolah.

Kesihatan

Migrain! - Sakit Kepala Luar Biasa

Pernah tidak ada satu hari, anda mengalami sakit kepala yang teramat disertai dengan rasa mual, muntah dan disertai dengan sensitif kepada cahaya? Saat itu anda rasakan ia cuma sakit kepala biasa sahaja. Tapi tahukah anda, itu adalah simptom-simptom migrain?

Rencana Umum

Bina Integriti Seawal Prasekolah

 

DENGAN menggunakan pendekatan storytelling atau penceritaan, Cikgu Arnida dengan penuh bersemangat menyampaikan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak tadika di sebuah sekolah di Lembah Klang baru-baru ini. Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Utama, Selangor itu turut menyelitkan lagu-lagu yang membawa mesej nilai-nilai positif yang perlu disemai dalam kalangan generasi muda. Pergerakan beliau turut dibantu oleh Saya Anak Malaysia (SAM) - maskot INTEGRITI yang membawa slogan “Integriti Di Hati”.

Rencana Umum

Terapi Kuda SKPKI

Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah pemulihan untuk membantu kanak-kanak ataupun murid berkeperluan khas (MBK) bertindak balas terhadap sesuatu aktiviti atau merangsang untuk meningkatkan sesuatu kemahiran. Terapi haiwan atau dinamakan Pet Therapy dan disebut juga Animal Assisted Therapy (AAT) adalah antara kaedah terapi yang sudah lama mendapat perhatian para saintis di Barat dan kini sedang berkembang pesat di Malaysia terutamanya dalam bidang Pendidikan Khas.

Inspirasi

Guru Wanita Jurulatih Ragbi - Skuad “Setahun Jagung” SKTB Raih Kejayaan

Lincah, licik, laju, pantas berfikir, cepat bertindak serta mengamalkan strategi permainan berpasukan yang jitu. Itu antara kualiti utama perlu diterapkan oleh jurulatih pada setiap barisan pemain dalam pasukan Ragbi Sentuh. Merealisasikan perkara itu bukan semudah menyebutnya, lebih-lebih lagi jika semua barisan pemain merupakan murid sekolah rendah yang belum pernah kenal sukan ragbi. Apatah lagi jika jurulatih yang bertanggungjawab dalam sukan yang didominasi kaum lelaki ini adalah seorang wanita.

Rencana Umum

Pendidik Wajib Tahu Merancang Marah

“Saya cilikan mulut awak ni nanti. Geram betul saya. Kan dah banyak kali saya cakap jangan ejek-ejek ayah orang,” bentak saya dengan suara yang agak tinggi.

Kolumnis

Usaha Didik Akhlak Perlu Diperhebat

USAHA mendidik akhlak anak-anak sejak dari kecil perlulah diberi perhatian yang serius dan berterusan. Melalui usaha inilah anak-anak kemudiannya akan menjadi murid tertib dan berhemah yang seterusnya akan menjadi pemangkin kepada pembinaan negara bangsa. Mereka adalah bakal pewaris negara kita yang akan menjadi pemimpin pada masa depan. Pendidikan akhlak menjadi semakin penting dalam era dunia tanpa sempadan kini.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID