Puisi:Kesan Rotan Guru Lama



KESAN ROTAN GURU LAMA


Keratannya di hutan duri
Enau ranjau diselami
Salah langkah memakan diri
Alam tropika asalnya ini Namun berjasa membentuk insani.


Rotan guru lama Orang takut mendengarnya
Tapi murid hormat akibatnya
Terkesan sehingga dewasa
Normanya berkesan begitu bermakna.


Guru lama penggunanya
Untuk mendidik anak bangsa
Ranjau persekolahan dahulu kala
Umum dirasai oleh muridnya.


Lama tapi sungguh berkesan
Alangkah baik terus digunakan
Mungkin itu punca kekurangan
Disiplin murid di akhir zaman.


MOHAMAD HASBI BOLHASSAN SK Kg. Bruit, Daro, Sarawak