Puisi:Pendakian Ke Puncak Jaya



PENDAKIAN KE PUNCAK JAYA


Mara menggenggam bara dan obor
Semangat menuju ke puncak jaya
Ingin menggapai harapan
Memburu impian membukti impian
Di penghujung pastinya kejayaan


Semua orang berhak bernawaitu
Tekadkan semangat titipkan usaha
Takkan kecewa teruskan jua pasti
berjaya
Kerana masa tidak pernah menanti
kita
Melawan kecewa usah leka mudah
terpedaya


Marilah kita bangkit segera
Bangunkan cita-cita tanamkan
usaha
Pimpinlah wahai warga pendidik
Anak bangsa yang tidak pernah 
kenal kecewa
Kerana di dada adanya iman penjana semangat waja
Tekadkan semangat mendakap
berkat
Dunia dan akhirat


Selamat Hari Guru 2018


Ahmad Safarman Dollah
Sek Keb Kenering Gerik, Hulu Perak