4 Makanan Sihat Yang Berbahaya.


4 Makanan Sihat Yang Berbahaya.

Makanan sihat memang digemari khususnya bagi anda yang mengikuti diet penurunan berat badan.Jika pergi ke pasar raya, banyak produk yang mendakwa ia makanan sihat, bebas gula,rendah lemak, rendah kalori dan banyak lagi.

Namun, apakah benar produk-produk ini membawa manfaat kesihatan apabila kita menggunanya?Beberapa produk jika diteliti akan terlihat hal mengejutkan daripada perkataan sihatnya.Misalnya pemanis yang bukan semula jadi dan tentunya pengawet.

Jadi, anda harus lebih berhati-hati.Beberapa produk yang berikut mungkin boleh anda pertimbangkan terlebih dahulu sebelum membelinya:

OAT BERPERISA

Oat berperisa memang sangat nikmat untuk disantap,malah oat jenis ini sangat mudah ditemukan.Oat digembar-gembur menjadi makanan sumber tenaga yang akan memberikan anda rasa kenyang dalam waktu yang lama.Hal ini memang benar,sayangnya oat yang memiliki rasa juga sarat dengan gula yang boleh mendorong anda untuk makan makanan tinggi kalori lainnya. Jelas hal ini tidak sihat.

PRODUK BEBAS LEMAK

Siapa yang tidak tergiur melihatderetan makanan lazat dengan dakwaan bebas lemak? Jika anda dalam program diet, makanan inipasti sangat menarik. Dengan produk dilabel bebas lemak, makanan ini mungkin telah banyak dikurangkan kandungan lemaknya, namun siapa sangka di dalamnya juga ada bahan-bahan lain yang tidak sihat hanya untuk memberikan kelazatan di lidah penggunanya. Misalnya susu rendah lemak atau yogurt yang kemudian diganti dengan bahan penyedap dan pengawet buatan.

PEMANIS BUATAN TANPA KALORI

Pemanis buatan yang dikatakan memiliki sifar kalori biasanya ditujukan untuk pesakit diabetes. Namun banyak orang yang tidak sakit diabetes pun mengambil pemanis buatan ini dengan harapan dapat menurunkan berat badan mereka.Meskipun pemanis buatan boleh mengurangkan kalori,namun pemanis buatan juga terkenal dapat meningkatkan ketergantungan anda pada gula.

JUS BUAH

Siapa yang tidak suka jusbuah? Rasanya yang segar mampu menghilangkan dahaga pada waktu tengah hari yang panas.Namun,apabila anda meminum jus yang tidak dibuat secara semula jadi atau rasa jus tiruan,jus ini penuh dengan gula dan pengawet.Minuman ini mungkin bagus jika hanya diminum sesekali,namun bukan untuk pengambilan harian.Lebih baik buat sendiri jus kegemaran anda dengan buah-buahan yang segar dan semula jadi.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan