Keperibadian Islam Dalam Warkah Raja Ali Haji kepada H. von de Wall


Warkah karangan Raja Ali Haji kepada Hermann von de Wall (H. von de Wall) pada 18 Muharam 1288 bersamaan 9 April 1871 merupakan perutusan antara dua orang sahabat persuratan. Raja Ali Haji yang merupakan ulama, ahli sejarah, pendasar tatabahasa Melayu,dan pujangga Melayu-Bugis banyak menimba pengalaman dan pengetahuan daripada H. von de Wall yang merupakan pentadbir Belanda di Pulau Jawa pada waktu itu.

Warkah tulisan tangan Raja Ali Haji ini begitu ringkas,tidak berbunga-bunga,namun masih mengekalkan ungkapan yang mesra dan berterus terang.Kata-kata pujian terhadap penerima dan penutup warkah adalah mudah dan jelas.Ternyata penulisan warkah ini menepati kecekapan Raja Ali Haji mengarang dan mematuhi peraturan ilmu surat menyurat Melayu seperti yang terdapat dalam karya beliau,Bustan al-Katibin.

Secara ringkas, kandungan warkah ini ialah perancangan Raja Ali Haji untuk melawat H. von deWall, sebelum dia meninggalkan Riau untuk berubat di Betawi(Jakarta) selama dua tahun.Kunjungan tersebut dijadualkan dibuat pada petang tersebut atau keesokan harinya,memandangkan pada sebelah pagi Raja Ali Haji perlu ke Pengujan untuk mengambil pulang anaknya yang sedang demam.Keadaan air sungai yang surut merencatkan pergerakan Raja Ali Haji.Sungguhpun demikian,atas dasar sebuah persahabatan Raja Ali Haji tetap ingin meneruskan hajatnya itu dengan berdoa dan berserah kepada Tuhan.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan