Seni,Visual Dan Kontemporari Lubuk Emas Yang Perlu Digali


Murid sekolah menengah sudah pandai mengikut rentak irama seantero dunia.Kini kecenderungan minat golongan remaja boleh diibaratkan nada muzik retro mencampuri muzik indie.Begitu jugalah pengalaman yang mendewasakan karyawan muda melahirkan idea-idea bernas.

Sesuai dengan tajuk “Seni, Visual dan Kontemporari”,bakat dan pemikiran otak kanan menzahirkan minda karyawan seperti saya dalam melahirkan inovasi baru dalam hasil seni.Misalnya saya sendiri menggunakan “simen” sebagai bahan asas utama dalam berkarya. Hasil seni halus yang saya lahirkan tampak lebih menjurus kepada karya-karya instalasi.

Dalam pemilihan bahan kajian saya lebih menitik beratkan pergolakan antara alam dan jiwa.Antaranya karya “Jiwa dan Lara”(2012), saya menggunakan simen sebagai media utama di samping bahan industri lain seperti baju,aluminium dan kain.

Pernahkah terlintas di jiwa kita tentang apa yang terbuku itu harus diluahkan? Bukan melalui kata-kata,tetapi melalui karya.Pergaulan antara benih Adam dan Hawa dititik beratkan dalam penciptaan karya-karya agar menyentuh jiwa pemerhati dan peminat seni.

Memetik kata Pablo Picasso yang berbunyi “Every child is an artist.The problem is how to remain an artist once we grow up” (Ocvick etal. Art Fundamental,NY,Mc Graw Hill 2006).Artis kelahiran Sepanyol itu mula mencetus fenomena sekitar tahun 1881 hingga 1973 dengan karya pelbagai genre.Antara karya yang terkenal semasa hayat beliau ialah Les Demoiseselles d’Avignon (1907)dan Gunernica (1937).

Menggunakan media basah seperti cat minyak yang SENI,VISUAL DAN KONTEMPORARI Lubuk Emas Yang Perlu Digali sememangnya sesuai dalam pembikinan karya seni,beliau kemudian menukar arus ke arah pembuatan arca.Ini menyangkal tuduhan demi tuduhan bahawa artis seni hanya mahir menggunakan satu media sahaja.Inovasi yang dilakukan beliau sememangnya mencetus era baru dalam aliran seni.

“Global”. Qhazril Qhazwan(2012). Media campuran atas kayu.

Qhazril Qhazwan

Secara natijahnya ,tunas yang tumbuh adalah dari lohong-lohong yang digali. Dalam erti kata lain,pihak bertanggungjawab haruslah memupuk minat generasi muda agar lebih menggemari subjek Pendidikan Seni Visual yang kini hanya dianggap sebagai mata pelajaran elektif atau pilihan tambahan semata-mata.Siapa tahu mata pelajaran tersebut adalah lombong yang harus digali emasnya terlebih dahulu.

Bukan bakat sahaja diperlukan,malah usaha berterusan juga harus menjadi titik permulaan masyarakat agar menghargai seni. Lubuk seni ini luas jika digali namun cara kita mengail sahaja yang membezakan jenis tangkapan tersebut agar tidak diperlekeh dan dipandang enteng oleh masyarakat.

Potongan ayat pakar falsafah Greek,Socrates mengatakan:“Education is the kindling of a flame,not the filling of a vessel” (Ocvick etal. 2006) mengutuhkan lagi hujah bahawa ilmu seni ini adalah ibarat ilmu dakwah yang harus dilayarkan kapalnya.Semakin ramai anak-anak kapal,maka makin ramai lah orang yang akan menghargai seni itu.

“Gunernica”, Pablo Picasso (1907). Cat minyak atas kanvas (Ocvick et al. 2006)

Program-program yang dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dan Swasta (IPTS) bagi melahirkan graduan pelbagai peringkat dalam berbagai bidang pengajian seni pula membuktikan bahawa seni itu masih relevan sebagai lubuk kerjaya bukan sahaja dinegara ini malahan juga di peringkat global.

“Lara dan Jiwa”. Qhazril Qhazwan (2012).Media campuran atas aluminium.

Kolej Widad adalah antara institusi pengajian tinggi yang turut menjalankan pengajian peringkat Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Perindustrian dengan jalinan kerjasama bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang berkenaan. Ini merupakan satu lagi dalil atau bukti bahawa bidang seni juga mampu mengubah masa depan anak-anak murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)ke arah mencapai kejayaan dan kecemerlangan melalui laluan kerjaya yang berasaskan kemahiran dalam seni.

• NOTA: Qhazril Qhazwan ialah Pensyarah Seni Lukis dan Seni Reka Perindustrian (UiTM). Jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh dihubungi melalui talian +6012-398 4843.


Artikel yang berkaitan

Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan