Zumba Senaman Sihat, Menyenangkan


Zumba merupakan salah satu senaman yang digemari kaum wanita sekarang.

Pelbagai pilihan sukan muncul sebagai bentuk gaya hidup sihat bagi masyarakat sekarang khususnya kalangan anak muda seperti Yoga,Muay thai hingga Zumba.

Zumba berasal dari Columbia.Jika kita melihat sekilas lalu,zumba mengingatkan kita dengan senaman aerobik.Gerakannya yang lincah dan bersemangat memang hampir serupa dengan senaman aerobik,namun terdapat perbezaannya.

Zumba merupakan perpaduan gerakan tarian salsa dan tarian latin yang menjadi senaman menarik sekali gus menyihatkan.Meskipun hampir serupa dengan aerobik,zumba tidak fokus pada gerakan berulang-ulang.Hal ini kerana zumba dipengaruhi gerakan tari seperti chacha,salsa,tango hingga flamenco.

Zumba bisa menjadi pilihan senaman bagi mereka yang lebih menyukai banyak gerakan.Gerakan dalam Zumba boleh mempengaruhi pembentukan otot bahagian atas sampai bahagian bawah seperti otot pinggang, pinggul,perut dan kaki.Bukan itu sahaja,Zumba juga boleh membantu kesihatan,kekuatan tulang dan sendi.

Alunan lagu yang mengiringi Zumba memang membuat sesiapa yang mendengarnya ingin turut serta bergoyang.Sebab itulah Zumba juga mempengaruhi kesihatan mental seseorang.

Zumba boleh merangsang hormon Endorfin yang boleh menimbulkan perasaan senang dan rasa percaya diri pada seseorang.

Kini,video yang menampilkan gerakan Zumba banyak tersebar di dalam internet, mendorong banyak orang ingin melakukannya sendiri di rumah tanpa panduan daripada pelatih profesional.Perbuatan ini tidak digalakkan kerana tersalah gerakan boleh menyebabkan cedera.

 

Gerakannya yang lincah dan bersemangat memang hampir serupa dengan senaman aerobik,namun terdapat perbezaannya.

Zumba yang dipandu oleh pelatih profesional lebih selamat terutama untuk golongan berusia dan ibu hamil,asalkan gerakan-gerakannya berimpak rendah atau yang tidak menghentak-hentak.Namun untuk lebih selesa, anda boleh minta pandangan doktor terlebih.Selain menyihatkan Zumba ternyata juga menyenangkan dan baik untuk semua golongan.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan