Apa Pentingnya Pendidikan Awal Kanak-Kanak?


Anak atau cahaya mata adalah anugerah Allah SWT yang seharusnya dididik dan dijaga dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.Sejak usia empat tahun hingga enam tahun,pendidikan anak-anak adalah sangat penting.Pendidikan awal kanak-kanak dalam tempoh dan di peringkat ini akan memacu ke arah kejayaan mereka di sekolah rendah dan menengah kelak.

Bagi pasangan yang belum dikurniakan anak,mereka akan berusaha untuk mendapatkan zuriat.Manakala bagi yang telah dianugerahkan anak,maka mereka sewajarnya menjaga dan mendidik amanah Allah itu dengan penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab.Didiklah anak dengan penuh amanah bagi melahirkan generasi muda yang berilmu,beriman,beramal dan berakhlak sebagai pelapis pada masa akan datang.

Fenomena pada masa kini,ada insiden anak-anak kecil atau bayi malang yang tidak berdosa cedera atau maut akibat kecuaian ibu bapa atau penjaga.Anak-anak kecil hanya bergantung kepada kedua-dua ibu bapa atau penjaga mereka dalam soal pendidikan dan keselamatan diri.Melalui pendidikan awal,kanak-kanak akan didedahkan dengan bahan bergambar serta bahan bacaan yang mudah dan menarik,hingga mampu mengenal huruf dan angka serta belajar membunyikan perkataan yang mudah dan senang.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan