Kelas Campur Rangsang Persekitaran Pembelajaran Positif


Iklim bilik darjah yang kondusif amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran(PdP) yang berkesan. Dalam hal ini, iklim bilik darjah amat bergantung kepada penstrukturan kelas yang menghimpun murid di dalamnya.Penstrukturan kelas sebaik-baiknya memberi perhatian kepada pembangunan potensi murid secara holistik dan bersepadu dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Justeru, penekanan terhadap kelas campur tanpa pengasingan murid berdasarkan jurang kepandaian bolehkah diharap dapat membawa perubahan yang bermakna dalam merealisasikan aspirasi untuk memantapkan pola PdP yang efektif di dalam bilik darjah?

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pengasingan kelas atau “streaming” membolehkan guru merancang keperluan PdP dan melatih murid mengikut keupayaan dalam menggarap ilmu dan pengetahuan.Namun demikian,adalah terlalu subjektif untuk mengasingkan murid dengan mengelompokkan murid cemerlang dan murid lemah berdasarkan keupayaan pembelajaran dan pencapaian peperiksaan.Persoalannya sejauh manakah markah dan gred mampu mengukur keupayaan sebenar yang terdapat pada diri murid?

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan