Mengupayakan Murid SKM Melalui PdP Alaf 21


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah salah sebuah kementerian yang terbesar dan bertanggungjawab dalam pembinaan modal insan berkualiti bagi Malaysia. Misi KPM“Membangun Potensi Individu Berkualiti” adalah untuk melonjakkan kecemerlangan negara melalui sistem pendidikan berkualiti tanpa mengira kategori sekolah, lokasi dan status sekolah.Matlamat KPM adalah memberikan peluang akses pendidikan yang sama termasuk Sekolah Kurang Murid (SKM).

Sesebuah sekolah diklasifikasikan sebagai SKM apabila mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang.Berdasarkan data KPM setakat pada 31 Mac 2016,terdapat 2,996 buah sekolah rendah berada di bawah kategori SKM.Menteri Pendidikan,Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata,tinjauan analisis terhadap SKM mendapati kos pengoperasiannya adalah tinggi iaitu RM67,130 bagi setiap murid setahun berbanding hanya RM5,321 setiap murid setahun untuk sekolah biasa.

Pencapaian akademik SKM agak lemah berbanding sekolah kebangsaan yang lain.Ini berdasarkan beberapa cabaran yang perlu SKM hadapi.Antaranya 75 peratus SKM berada agak jauh dari bandar atau pekan yang mempunyai kemudahan yang baik. Murid perlu melalui perjalanan yang jauh untuk hadir ke sekolah.Faktor ini menyumbang peratus ketidakhadiran yang agak tinggi.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan