Terima Kasih Cikgu 2018 Gerakan Massa Untuk Zahir Penghargaan Jasa Guru


Tanggal 16 Mei setiap tahun memang sudah begitu sinonim dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.Tarikh ini dipilih kerana kira-kira 62 tahun lalu, pada tarikh yang sama dalam tahun 1956,apabila Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen cadangan tersebut yang dikenali sebagai Penyata Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.Tarikh inilah akhirnya kekal hingga sekarang untuk meraikan para guru.

Sambutan perayaan Hari Guru lazimnya diraikan dengan meriah diseluruh negara sebagai satu bentuk penghargaan yang tidak ternilai kepada sosok-sosok tubuh yang telah banyak berkorban dalam mendidik anak bangsa tanpa terbit sekelumit rasa jemu.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan