Pendidik Mei 2018
Pena Pengarang

                                                      Penghargaan Kepada PERKHIDMATAN GURU.                                                                                                                                     

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini diharap tidak mengganggu suasana sambutan Hari Guru 2018 pada 16 Mei.Yang pasti sekolah yang menjadi pusat pembuangan undi dan guru yang terlibat dengan tempat mengundi ini sangat dihargai kerana membantu menjalankan amanah dalam amalan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan negara ini.

Selepas proses pilihan raya ini, kita harapkan semua rakyat berbilang kaum akan kembali bersatu dalam menjayakan hasrat dan cita masing-masing.Perkara asas yang jangan dilupakan ialah memastikan masa depan anak-anak terus terbela.

Murid adalah modal insan yang dapat membantu membangunkan negara pada masa hadapan.Sumber ilmu kepada murid ini adalah guru yang berkualiti.

Untuk memastikan guru yangberada dalam sistem pendidikannegara adalah berkualiti, maka sistemganjaran yang sesuai adalah perlubagi menjaga kebajikan mereka.

Bagi warga pendidikan, gred DG56 yang diumumkan Perdana Menteri Dato’Sri Najib Tun Razak dalam perhimpunan dengan pegawai kerajaan di Putrajaya pada Mac lalu bakal memberikan sinar harapan kepada mereka untuk kenaikan pangkat dan seterusnya memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam perkhidmatan.

Secara kebetulan, penghargaan kenaikan pangkat DG56 ini bersesuaian dengan sambutan Hari Guru 2018 yang bertema ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’.

Pastinya Kementerian Pendidikan akan memantapkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan ini dengan memperjelas fungsi dan peranan mereka yang bakal dilantik ke gred DG56.

Bagi penyandang DG54 yang sudah lima tahun dalam gred tersebut dan secara tekal memberikan perkhidmatan cemerlang, peluang kenaikan pangkat terbuka luas sebelum mereka sampai kepada Jawatan Utama Sektor Awam atau JUSA C.

Menteri Pendidikan, Dato’ Sri Mahdzir Khalid memaklumkan skim ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 dan bakal memberi peluang kepada lebih 323 pegawai untuk kenaikan pangkat,dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta.

Menariknya pegawai perkhidmatan pendidikan kini dapat menikmati kenaikan pangkat ke DG56, sekalipun mereka tidak berpeluang untuk dilantik ke JUSA.

Justeru kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)kini akan menjadi lebih menarik, selaras dengan Anjakan 4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memartabatkan profesion keguruan.

Menyingkap semula usaha untuk memartabatkan profesion keguruan ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan dokumen awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan pada tahun 2016 yang komprehensif,meliputi laluan kerjaya guru,pembangunan profesionalisme berterusandan pembangunan kompetensi guru.

Namun begitu sebagai warga pendidik,walau apa pun imbuhan yang diberi,ganjaran yang paling bermakna adalah apabila murid yang dididik menjadi insan yang dapat memberikan sumbangan bermakna kepada agama,bangsa dan negara.

 

 

 

 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Apc) sememangnya menjadi idaman semua pegawai yang bertungkus-lumus menjalankan tugas dengan berdedikasi.Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan pihak pentadbir terhadap kesungguhan dan ketekunan mereka bekerja.

Wawancara

Melangkah Ke Hadapan Fokus Dan Gerak Kerja KPPM 2018

Tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2018 ialah ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’. Tema ini membawa makna yang cukup besar sekali gus menggambarkan betapa signifikannya peranan penting guru yang berada di barisan hadapan dalam sistem pendidikan negara.

Tema ini dipilih bagi membuktikan peri pentingnya peranan guru sebagai ejen dalam memperteguh transformasi pendidikan negara selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

 

Tumpuan

Terima Kasih Cikgu 2018 Gerakan Massa Untuk Zahir Penghargaan Jasa Guru

Tanggal 16 Mei setiap tahun memang sudah begitu sinonim dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.Tarikh ini dipilih kerana kira-kira 62 tahun lalu, pada tarikh yang sama dalam tahun 1956,apabila Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Tokoh Pendidikan

Kewibawaan Guru Dalam Arena Politik

Guru bukan sahaja selaku pendidik terbaik di sekolahmalah merupakan pembimbing,pemimpin masyarakat dan pejuang bangsa.

Sebagai golongan cerdik pandai yang mewakili pemimpin di barisan hadapan masyarakat, guru bukan sahaja mempelopori gerakan politik nasionalisme ketika era penjajah malah turut memperjuangkan isu-isu selepas merdeka seperti bahasa, budaya, ekonomi dan dasar pelajaran.

Rencana Umum

Mengupayakan Murid SKM Melalui PdP Alaf 21

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah salah sebuah kementerian yang terbesar dan bertanggungjawab dalam pembinaan modal insan berkualiti bagi Malaysia. Misi KPM“Membangun Potensi Individu Berkualiti” adalah untuk melonjakkan kecemerlangan negara melalui sistem pendidikan berkualiti tanpa mengira kategori sekolah, lokasi dan status sekolah.Matlamat KPM adalah memberikan peluang akses pendidikan yang sama termasuk Sekolah Kurang Murid (SKM).

Inovasi Sekolah

Bitumen Plastik Atasi Masalah Jalan Berlubang

Masalah pencemaran sisa plastik merupakan satu isu global yang semakin serius dan mendatangkan pelbagai kemudaratan serta kesan buruk terutama kepada ekosistem marin.

rencana iklan

Insurans Kenderaan Terbaik Khas Untuk Guru

Industri insurans kenderaan di Malaysia telah melalui satu bersemangat dan mencabar.

aur dan tebing

Kelas Campur Rangsang Persekitaran Pembelajaran Positif

Iklim bilik darjah yang kondusif amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran(PdP) yang berkesan. Dalam hal ini, iklim bilik darjah amat bergantung kepada penstrukturan kelas yang menghimpun murid di dalamnya.Penstrukturan kelas sebaik-baiknya memberi perhatian kepada pembangunan potensi murid secara holistik dan bersepadu dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

Nota Cikgu Pencen

Apa Pentingnya Pendidikan Awal Kanak-Kanak?

Anak atau cahaya mata adalah anugerah Allah SWT yang seharusnya dididik dan dijaga dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.Sejak usia empat tahun hingga enam tahun,pendidikan anak-anak adalah sangat penting.Pendidikan awal kanak-kanak dalam tempoh dan di peringkat ini akan memacu ke arah kejayaan mereka di sekolah rendah dan menengah kelak.

 

lawatan

Pegawai KPM Tinjau Proses Penerbitan Majalah Pendidik

Baru-baru ini majalah Pendidik telah menerima kunjungan tiga orang pegawai kanan dari Bahagian Kewangan,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),Putrajaya ke Kilang Percetakan Wardah Communication Sdn. Bhd. yang terletak di Balakong, Selangor bagi meninjau dan menyaksikan sendiri proses mencetak majalah yang disasarkan khusus buat warga pendidik ini.

English Section

Child-Friendly Schools And Quality Education

On any given day, more than one billion ofthe world’s children go to school. Whether they sit in buildings,in tents or even under trees,ideally they are learning,developing and enriching their lives.

Global Education

3 In 10 Young People Are Illiterate Conflict Or Disaster Stricken Countries- UNICEF

3 IN 10 YOUNG PEOPLE ARE ILLITERATE - UNICEF

Nearly three in 10 young people aged between 15 and 24 years old - or in total approximately 59 million - living in countries affected by conflict or disaster are illiterate,triple the global rate,according to UNICEF’s new analysis.

 

Gaya Hidup

Zumba Senaman Sihat, Menyenangkan

Zumba merupakan salah satu senaman yang digemari kaum wanita sekarang.

Pelbagai pilihan sukan muncul sebagai bentuk gaya hidup sihat bagi masyarakat sekarang khususnya kalangan anak muda seperti Yoga, Muay thai hingga Zumba.

Agama

Bersedekah Punca Rezeki Bertambah

Amalan bersedekah merupakan amalan terpuji dan dituntut dalam Islam. Malah, ia merupakan amalan yang paling disukai oleh Allah SWT.Ganjarannya begitu besar berbanding amalan lain.Bersedekah tidak perlu menunggu sewaktu seseorang itu berharta,lapang atau mendapat ‘durian runtuh’,tetapi ia boleh dilaksanakan sepanjang masa,walaupun ketika seseorang itu miskin atau dalam kesempitan.Pasti anda terfikir,apa yang hendak disedekahkan ketika diri sendiri sangat memerlukan?Apa kelebihan bersedekah ketika dalam keadaan susah? atau adakah lebih baik memiliki harta dahulu,kemudiannya baru bersedekah?

eksplorasi

Ekspedisi ‘Tran Slim’ Uji Skil Pendakian

Misi pengembaraan untuk menjejakkan kaki ke Trans Slim melibatkan pendakian empat puncak iaitu Gunung Liang Timur, Gunung Liang Barat, Gunung Tumang Batak dan Gunung Chondong Gelinting. ‘Tran Slim’ adalah pendakian naik ke empat buah gunung dan turun tidak menggunakan trek pendakian yang sama iaitu melalui jalan yang berbeza.

Bingkisan dari WUC

Seni,Visual Dan Kontemporari Lubuk Emas Yang Perlu Digali

Murid sekolah menengah sudah pandai mengikut rentak irama seantero dunia.Kini kecenderungan minat golongan remaja boleh diibaratkan nada muzik retro mencampuri muzik indie.Begitu jugalah pengalaman yang mendewasakan karyawan muda melahirkan idea-idea bernas.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID