Buat Seorang Yang Bernama Wanita

— oleh Azaika SR —

Buat seorang yang bernama wanita
mengingatkan aku pada ibuku yang telah tiada
begitu juga pada isteriku
yang sentiasa setia di sampingku

sudah menjadi ketentuan
lahirmu ke dunia ini adalah sebagai pasangan
kepada aku yang bernama lelaki
di dunia ini

di sebalik kelembutan wajahmu itu
penuh dengan ranjau dan liku-liku
tabah dan sabar kau hadapi
walaupun perit amat menyakiti

bila aku dalam kepayahan
menghadapi datangnya cabaran
kau berikan aku semangat dan kekuatan
akhirnya kutemui jalan penyelesaian

terlalu sukar nak aku gambarkan
apatah lagi untuk diucapkan
dengan kasih sayang dan kesetiaan
yang kau hulurkan

sesungguhnya kehadiranmu amat kusyukuri
bersama suka duka melayari hidup ini
memberikan cahaya yang berseri
disaksikan pepohonan sejati

adaketikanya aku terlupa sehingga berubah haluan
namun kau segera menyedarkan
agar aku tidak lupa
pada janji setia yang kita bina bersama

biar apa pun yang berlaku
bagi aku hanya kau seorang saja di hatiku
mekar bersemi buat selamanya
kerana hanya kau saja seorang wanita

Azaika SR
Taman Rashidah Utama, Seremban

 



Lagi dalam kategori ini:

Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan