Ilmu

— oleh Ijamala MN —

Gedung ilmu wadah pemikiran
Merakyat jiwa bina keyakinan
Falsafah tunjang ilmuan
Lentur nurani amalan keyakinan
Bahasa budi singkap kematangan
Luhur bangsa merencana perjalanan

Gedung fikir mempertajam minda
Amarah jiwa tersimpan rapi
Bina makmur Negara mendaulat
Jasamu guru memberi ilmu
Berkat semangat tertanam di jiwa

Ijamala MN
Pengkalan Pegoh Seberang

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan