Resensi


Kisah Cinta Budak Sekolah

Penulis: Mikael Sahaja
Penerbit: Lejen Press
No ISBN: 9789670591674

Ada satu benda yang kau kena tahu pasal budak sekolah agama ni. Walau namanya kedengaran suci, namun itu tak memberikan sebarang jaminan yang perangai budak sekolah agama ni ‘less syaitonirrojim’ daripada budak sekolah biasa. Kalau kat sekolah biasa, jeneral syaitan terulung hantar dalam satu atau dua team bola bagi menghuru-harakan pemikiran budak-budak. Tapi kalau di sekolah agama, syaitan hantar satu armada. Ya, macam nak hantar perang dekat lautan punya ramai. Tu yang kadang-kadang bila melawat ke sekolah agama, jangan terkejut kalau ada yang main kejar-kejar dan lompat daripada meja ke meja. Itu semua fenomena biasa. Masih level anak-anak. Dan ini adalah kisah budak-budak sekolah yang ingin membesar. Dari darjah lima hinggalah diorang...

How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will talk

Penulis: Adele Faber; Elaine Mazlish
Penerbit: PTS Publishing House
No ISBN: 9789674114121

Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.

Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti:

  • Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka
  • Mewujudkan Kerjasama
  • Alternatif Selain Hukuman
  • Galakan Berdikari
  • Pujian
  • Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
  • Menggabungkan Semuanya Bersama
Lasik untuk Jiwa

Penulis: Datuk Prof. Dr Muhaya Hj. Mohamad
Penerbit: Galeri Ilmu
No. ISBN: 9789830976433

Seorang kanak-kanak keluar dari rumah dan melihat ada tiga orang lelaki berjanggut panjang.

"Awak ini siapa?" tanya kanak-kanak itu.

"Saya ini Kebahagiaan," jawab lelaki pertama.

"Saya, Kejayaan," jawab lelaki kedua.

"Saya, Kekayaan," jawab lelaki ketiga pula.

"Awak pilihlah sesiapa yang awak ingin bawa masuk ke dalam rumah awak," kata ketiga-tiga lelaki itu.

Setelah kanak-kanak itu bertanya kepada ibunya, mereka bersetuju untuk membawa masuk Kebahagiaan. Apabila Kebahagiaan masuk, Kekayaan dan Kejayaan pun turut masuk ke dalam.

Justeru, marilah pada hari ini kita niatkan, "Saya ingin bahagia dan membahagiakan." Bagaimana untuk bahagia? "Saya yakin Allah bersama saya. Dan untuk Allah sayang kepada saya maka saya harus lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang."

"Lasik Untuk Jiwa" adalah pendekatan Prof. Muhaya dalam membantu merawat penyakit rohani.

Buku ini bukan sekadar perkongsian pengalaman sebagai seorang doktor bersama pesakit yang merawat pesakit dari segi fizikal sahaja tapi juga membantu menguatkan 'dalaman' (spiritual/kerohanian) mereka. Antara lain ia memuatkan resipi mudah untuk kita menjaga kesihatan fizikal dan kesihatan minda demi menceriakan kehidupan kita.

Dictionary for Backpackers and Business Travellers (English - Malay - Arabic)

Penulis: Prof. Madya Dr Muhammad Sabri Sahrir
Penerbit: Telaga Biru
No. ISBN: 9789673882687

Bagi anda yang suka melancong ke luar negara atau mempunyai perniagaan di sana, pastikan buku Dictionary For Backpackers And Business Travellers sudah anda miliki. Semestinya buku ini disusun bagi memudahkan komunikasi anda bersama masyarakat tempatan dan jabatan kerajaan di tempat asing.

Contoh perbualan asas dan dokumen yang dilampirkan sangat membantu sesiapa sahaja yang selalu memikirkan kesukaran berkominukasi bersama mereka. Apabila perkara ini dikuasai, tiada lagi kerunsingan ketika berada di sana bahkan perjalanan anda menjadi lebih menyeronokkan!


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan