10 Cara Semula Jadi Kempiskan Perut Buncit


Tahukah anda masalah untuk mengempiskan perut buncit merupakan pengalaman yang sangat menakutkan bagi lelaki ataupun wanita. Banyak lelaki dan wanita mengalami masalah perut buncit pada usia dewasa sehingga penampilan mereka kurang menarik daripada sebelumnya. Perut buncit menyebabkan seseorang menjadi kurang yakin dengan penampilannya.

Penyebab Perut Buncit

Beberapa penyebab perut buncit yang harus diketahui antara lain adalah terlalu banyak memakan junk food, tabiat sesudah makan langsung tidur, yang terakhir adalah malas bersenam.

Apakah anda mempunyai kebiasaan seperti di atas? Jika memang ya, cubalah berubah mulai dari sekarang.

Cara Mengempiskan Perut Buncit

Ada beberapa cara semula jadi agar perut anda kembali kempis seperti dahulu. Tetapi melakukan cara itu tidak mudah. Anda perlu berusaha keras dan lakukan setiap hari, agar perut anda kembali kempis.

1 Minum banyak air kosong

Dengan banyak minum air kosong tentunya metabolisme dalam tubuh anda akan berjalan lancar. Perlu anda ketahui perut buncit merupakan timbunan lemak pada bahagian perut. Dengan meminum air kosong akan membantu mengeluarkan 'sampah dalam badan' secara semula jadi. Oleh sebab itu minum banyak air putih sangat digalakkan untuk mengempiskan perut secara semula jadi.

2 Atur pola makan

Salah mengatur pola makan akan menyebabkan perut menjadi buncit. Oleh sebab itu anda digalakkan untuk mengatur pola makan yang sihat. Perlu anda ketahui mengatur pola makan tak harus menunggu perut terasa lapar. Kerana yang penting bukanlah banyak makanan yang diambil, tetapi nutrisi yang terdapat dalam makanan itu sesuai yang diperlukan oleh tubuh kita.

3 Niat yang kuat

Niat yang kuat sangat mempengaruhi keberhasilan anda untuk mendapatkan perut kembali kempis. Mulakan usaha anda untuk mengempiskan perut secara semula jadi dengan niat yang sangat kuat. Perhatikan jenis makanan yang harus dihindari dan mana yang harus diambil. Disiplin anda sangat mempengaruhi keberhasilan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

4 Hindari makanan tertentu

Ada beberapa makanan yang membuat perut anda menjadi buncit. Beberapa jenis makanan yang harus dihindari agar mendapatkan perut yang kempis antara lain adalah alkohol, soda, kafein, dan junk food. Makanan tersebut merupakan salah satu penyebab utama perut buncit. Cara semula jadi untuk mengempiskan perut adalah menghindari makanan yang menyebabkn perut buncit.

5 Ambil jamu

Jamu merupakan minuman tradisional yang diperbuat daripada rempah rempah. Jamu sangat bermanfaat bagi tubuh karena jamu merupakan salah satu ramuan herba. Ada beberapa jenis jamu yang bermanfaat untuk mengecilkan perut secara semula jadi antaranya jamu kunyit. Minuman kunyit ini sangat baik untuk perut anda.

6 Hindari tidur selepas makan

Tidur setelah makan tidak digalakkan untuk mendapatkan perut yang kempis. Hal ini kerana tidur membuatkan sistem pencernaan kita berhenti atau ikut berehat sama. Tidur selepas makan akan membuat makanan yang anda ambil tidak dapat dicerna dengan baik sehingga akan menimbulkan lemak yang menyebabkan perut buncit.

7 Ambil makanan berserat

Mengambil makanan berserat sangat digalakkan untuk membantu mengecilkan perut secara semula jadi. Caranya dengan memilih makanan daripada buah-buahan dan sayur segar, kerana makanan tersebut mengandungi banyak serat yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan berserat akan menjaga perut tetap berasa kenyang dan tentunya pencernaan dalaman lancar.

Makanan yang diambil ketika diet.

  • Kekacang untuk diet anda antara lain almond, kacang soya dan walnut.
  • Makanan yang mengandungi protein antara lain susu, yogurt, telur.
  • Makanan yang mengandungi karbohidrat dapat membantu perut anda kenyang dan berfungsi membantu pencernaan.
  • Pengambilan sayuran seperti bayam, brokoli, dan lain-lain.
  • Pengambilan buah-buhan seperti epal, lemon, beri, dan lain-lain.

8 Ubah gaya hidup

Ubah gaya hidup anda, kerana perut yang buncit berpunca daripada amalan kurang sihat anda. Ubahlah gaya hidup anda kembali kepada gaya hidup sihat agar perut anda kembali kempis.

9 Bersenam

Cara berkesan untuk mengempiskan perut secara secara semula jadi ialah bersenanm. Ada beberapa senaman yang sesuai untuk mengempiskan perut buncit. Antara lain cuba senaman iaitu:

  • Lari
    Lakukan senaman lari kerana ia tidak memerlukan peralatan khusus. Lakukan senaman ini secara rutin kerana ia merupakan cara semula jadi memperkecilkan perut.
  • Sit up
    Sit up merupakan senaman yang melatih otot perut. Senaman ini boleh dilakukan sendiri di rumah pada waktu pagi atau malam. Lakukan sit up secara rutin supaya perut anda kembali kempis.
  • Berbasikal
    Pastinya semua orang suka berbasikal untuk mengisi aktiviti waktu petang. Berbasikal merupakan salah satu cara semula jadi untuk mengecilkan perut. Dengan berbasikal otot perut bahagian bawah akan bertindak balas sehingga mempercepat perut anda kembali kempis.

10 Aerobik

Senam aerobik merupakan salah satu cara yang tepat untuk mengecilkan perut secara semula jadi. Dengan senamrobik tentunya akan membakar lemak pada tubuh. Lakukan senamrobik seminggu dua kali.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan