Perbezaan Serangan Jantung Pada Lelaki dan Wanita


Lelaki dan wanita memiliki risiko yang sama untuk terkena serangan jantung. Pola makan dan gaya hidup yang tidak sihat sering menjadi penyebab utamanya. Meskipun sama-sama berisiko, lelaki dan wanita memiliki perbezaan ketika mengalami serangan jantung.

Beberapa perbezaan tersebut, antaranya:

  1. Ketika serangan jantung, lelaki dan wanita pada umumnya akan mengalami nyeri atau sakit seperti ditusuk-tusuk jarum pada mana-mana bahagian dada. Tetapi wanita seringkali mengalami gejala yang tidak biasa, seperti sakit punggung, lengan, atau leher, mual, dan lemas.
  2. Wanita menunggu lebih lama untuk mendapatkan rawatan. Banyak wanita yang mengabaikan serangan jantung ringan yang dirasakan. Ini yang menyebabkan wanita lebih banyak tidak dapat diselamatkan daripada serangan jantung.
  3. Lelaki dan wanita memiliki faktor risiko yang hampir sama untuk mendapat serangan jantung. Tetapi hipertensi (darah tinggi) dan diabetes (kencing manis) jenis 2, berakhir dengan serangan jantung lebih banyak berlaku pada wanita.
  4. Wanita yang berjaya diselamatkan daripada serangan jantung, lebih kerap mengalami komplikasi daripada lelaki. Antara komplikasinya adalah trauma, pendarahan, atau kegagalan jantung. Hal ini terjadi kerana kebanyakan wanita tidak patuh terhadap prosedur perubatan yang harus dipatuhi.
  5. Wanita lebih kerap mengalami depresi daripada lelaki, sehingga 50 peratus lebih besar mendapat risiko serangan jantung. Depresi dapat menarik hipertensi dan kecenderungan untuk wanita menerapkan gaya hidup yang tidak sihat, yang kemudian berakhir dengan serangan jantung.

Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan