5 Tanda Tubuh Kekurangan Serat


Serat merupakan kandungan makanan yang sangat penting untuk tubuh anda. Dalam 1.000 kalori makanan yang anda ambil, digalakkan mengandungi serat sebanyak 14 gram. Kekurangan serat boleh menimbulkan pelbagai gangguan kesihatan pada tubuh anda.

1 Sembelit

Anda perlu waspada bila perut anda terasa tidak selesa, ditambah lagi tidak buang air besar lebih daripada tiga hari. Ini merupakan petanda anda mengalami sembelit. Penyebab utama terjadinya sembelit adalah kekurangan serat. Segera tambahkan makanan tinggi serat bila anda mengalami sembelit.

2 Selalu lapar

Makanan tinggi serat, akan membuat anda merasa kenyang lebih lama. Hal tersebut kerana serat akan menyerap air di dalam saluran cerna, dan membuat anda merasa kenyang. Sebaliknya, kekurangan serat akan membuat anda mudah lapar. Hal inilah yang boleh membuat seseorang menjadi lebih mudah gemuk.

3 Mudah letih dan mual

Ketika tubuh kekurangan serat, maka kadar gula darah akan naik secara drastik, dan turun juga dengan cepat. Hal tersebut akan membuat anda merasa mudah letih dan kadang-kadang terasa mual.

4 Kadar kolesterol tinggi

Serat bukan hanya akan membuat anda kenyang lebih lama, tetapi juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Periksalah kadar kolesterol anda secara berkala. Bila angka kolesterol anda tinggi, sebaik-baiknya anda mengambil lebih banyak serat.

5 Kadar gula darah tinggi

Serat juga dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Mengambil lebih banyak serat dapat menunda penyerapan gula dari usus kecil ke dalam aliran darah. Proses itu mempengaruhi kadar gula dalam darah tidak meningkat secara drastik. Inilah mengapa para penghidap diabetes sangat digalakkan untuk mengambil lebih banyak serat. Bila dalam pemeriksaan kesihatan, kadar gula darah anda tinggi, ini bererti tubuh anda kekurangan serat.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan