Pendidik Mei 2017
Pena Pengarang

Pengiktirafan Sekolah
& Pengorbanan Guru

Kerjaya sebagai seorang guru memerlukan komitmen tinggi, nyala rasa yang tidak pernah padam, kegigihan dan pengorbanan yang tiada henti, serta ketabahan dan ketekunan yang tidak berbelah bagi untuk mengharungi hari-hari yang penuh mencabar dalam mendidik insan bergelar seorang murid selain memastikan prestasi sekolah meningkat setiap tahun merupakan agenda utama.

Kemenjadian murid penting kerana prestasi sekolah diukur dalam semua aspek dan bukan hanya dalam pencapaian akademik. Indikator yang sangat berkaitan dengan kualiti sekolah awam adalah prestasi keseluruhan sekolah yang diukur melalui skor indeks komposit daripada Band 1 hingga Band 7 (Band 1 merupakan pencapaian terbaik manakala Band 7 merupakan pencapaian terendah).

Peratus sekolah dalam Band 1 dan 2 telah meningkat daripada 31.0 peratus pada tahun 2013 kepada 39.9 peratus pada tahun 2015.

Selain itu, sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 140 buah sekolah di negara ini telah diiktiraf berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Kita berbangga atas usaha gigih pengetua, guru besar, guru, murid dan ibu bapa sehingga berjaya memenuhi syarat kelayakan untuk mencapai status yang tinggi maknanya kepada sekolah.

Bukan senang untuk memenuhi syarat SBT yang melibatkan kategori etos, watak, identiti tersendiri, unik dan menyerlah dalam semua aspek pendidikan.

SBT mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insannya yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa sekali gus menjadi sekolah pilihan.

Pengiktirafan sebagai SBT juga amat sesuai untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik, menghasilkan murid cemerlang serta merapatkan jurang antara sekolah-sekolah dalam sistem pendidikan.

Berdasarkan pencapaian semasa, murid lepasan SBT kebiasaannya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi. Oleh sebab itu, kemasukan ke SBT mendapat permintaan tinggi daripada ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka.

Apabila melihat pencapaian tinggi yang berjaya dihasilkan oleh para guru, untuk memotivasikan golongan guru yang lain pasti ada balasannya dalam bentuk pemberian kenaikan gaji dan kebajikan.

Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini, Kementerian Pendidikan kerap memberi perhatian serius terhadap kebajikan guru bagi memastikan golongan tersebut menggalas tanggungjawab dengan baik. Hal ini bersesuaian dengan tema Hari Guru 2017: 'Guru Pembina Negara Bangsa'

Perhatian serius terhadap kebajikan guru merupakan perkara penting bagi membolehkan golongan tersebut mendidik modal insan dengan baik sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

Kerajaan pasti tidak melupakan pengorbanan para guru dari segi tenaga, masa dan wang yang dicurahkan demi membimbing dan mendidik anak bangsa.

Selamat Menyambut Hari Guru 2017.
"Guru Pembina Negara Bangsa"

Hari ketika murid mengenang dan menghargai jasa guru sekolah mereka bakal menjelang tidak lama lagi. Sambutan Hari Guru bakal diraikan di seluruh negara pada 16 Mei. Saban tahun, pemilihan tema-tema untuk sambutan Hari Guru lazimnya berkisar kepada usaha menghargai peranan serta pengorbanan yang dicurahkan oleh insan istimewa ini. Jika diimbas kembali tema sambutan Hari Guru sepanjang lima tahun lepas, ia tidak banyak lari daripada fokus yang disebutkan.

Tumpuan

Hargai Guru Sepanjang Masa, Bukan Pada 16 Mei Sahaja

Hari ketika murid mengenang dan menghargai jasa guru sekolah mereka bakal menjelang tidak lama lagi. Sambutan Hari Guru bakal diraikan di seluruh negara pada 16 Mei. Saban tahun, pemilihan tema-tema untuk sambutan Hari Guru lazimnya berkisar kepada usaha menghargai peranan serta pengorbanan yang dicurahkan oleh insan istimewa ini. Jika diimbas kembali tema sambutan Hari Guru sepanjang lima tahun lepas, ia tidak banyak lari daripada fokus yang disebutkan.

Tumpuan

Guru, Pensyarah & Pendidik – Sama Tapi Tak Serupa

Dalam konteks pendidikan, matlamat utama mengajar dan memberi syarahan atau disebut juga kuliah adalah untuk mendidik murid dan pelajar. Oleh itu guru dan pensyarah kedua-duanya memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan.

Tumpuan

Dasar MBMMBI Diteruskan

Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid dalam Sidang Dewan Rakyat pada 28 Mac 2017 mengumumkan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan kekal sebagai dasar pendidikan.

Pemikiran Mahdzir

Pendidikan Penjana Transformasi

Dalam abad ke-21 ini, senario pendidikan global berkembang dengan begitu pesat sekali. Arus dan ledakan globalisasi telah menghasilkan daya penggerak yang membentuk hala tuju baharu pendidikan dunia.

Tumpuan

Persediaan Ke Arah Bertaraf Antarabangsa

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2011 telah menyediakan 11 anjakan bagi tujuan memantapkan sistem pendidikan Malaysia agar selari dengan standard pendidikan antarabangsa.

Rencana Umum

Etika Guru Dalam Politik

BERPOLITIK bagi golongan guru bukanlah baru. Sejarah pejuang bangsa untuk memerdekakan tanah air ini dahulu pun terdiri daripada kalangan pendidik, malah mereka dipandang tinggi dalam masyarakat. Kelibat guru dalam politik  berkurangan apabila larangan ke atas kumpulan pengurusan dan pegawai kerajaan kumpulan A termasuk guru berijazah dibuat pada tahun 1990-an.

Rencana Umum

Kerjaya Dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sejak Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (2008) digubal hampir 10 tahun dahulu, program pendidikan awal kanak-kanak semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Kementerian Pendidikan mensasarkan peningkatan enrolmen prasekolah hingga menengah sehingga 100% dalam Gelombang 2 (2016-2020).

Rencana Umum

Persiapan Awal Ikuti Aliran Tahfiz

Ibu bapa masa kini semakin ramai menjadikan aliran tahfiz sebagai salah satu pilihan pendidikan. Keterujaan ibu bapa menghantar anak ke sekolah aliran tahfiz bukan sesuatu yang asing lagi ketika ini. Setiap tahun sebaik-baik sahaja keputusan Ujian Pencapain Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan, berlaku peningkatan yang ketara daripada segi permintaan ke sekolah aliran tahfiz.

Rencana Umum

Integrasi Seni & Kraf Dalam Pendidikan Pemulihan

Kelas Pemulihan Khas ialah sebuah kelas yang memainkan peranan penting dalam sesebuah sekolah. Hasil kemenjadian murid Pemulihan Khas mempengaruhi kecemerlangan sekolah dalam aspek akademik kerana murid yang belum menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) akan diberikan bimbingan secara fokus sehingga murid tersebut menguasai kemahiran 3M sekali gus membolehkan murid tersebut mengikuti pembelajaran di kelas perdana seperti rakan sebaya.

Tokoh Pendidikan

Awang Had Salleh Buktikan Kemiskinan Bukan Penghalang Kejayaan

Perjalanan hidup Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh yang berwarna-warni daripada seorang anak buruh Telekom yang miskin akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D). Hal ini membuktikan kemiskinan bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan dalam kehidupan.

Kolumnis

Pengantarabangsaan - Satu Perkongsian Kebitaraan

Program 'Pengantarabangsaan' adalah program selangkah kehadapan bagi sekolah-sekolah di negara ini berkongsi kebitaraan, meninjau keistimewaan dan menjadikan amalan terbaik di sekolah luar negara yang dikunjungi sebagai teladan. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan amalan pengantarabangsaan oleh sekolah-sekolah sebagai antara syarat untuk mendapat Tawaran Baharu atau New Deal, anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Pendidikan Global

One Picture Tells A Thousand Stories - Refugees Education In Malaysia

Refugee children in the country are unable to access formal education, so the refugee communities, UNHCR, and NGOs set up spaces like this one, where children gather to learn and often taught by refugees and volunteers. These are informal education programmes, often underfunded and lacking in resources, including qualified teachers.

Rencana Umum

Aktiviti Pengayaan Nilam Dan Kepimpinan Pembacaan Jadikan Murid Pembaca Berkesan

Kepentingan memupuk amalan dan budaya membaca dapat mengembangkan budaya membaca dalam kalangan murid. Pembangunan tamadun ilmu merupakan salah satu agenda penting ke arah meningkatkan kualiti pendidikan sesebuah negara seperti Malaysia. Ia merupakan satu usaha membangunkan tamadun ilmu dalam mengharungi kehidupan di abad ke-21.

Rencana Umum

Ikon Guru Kebangsaan 2016 Bersara - Bonda Nor Hainei perintis 'denai baharu'

FALSAFAHNYA mudah: "Janganlah kita mengikut denai yang sedia ada, sebaliknya pergilah merintis denai yang baharu agar jejak yang kita tinggalkan itu dapat diikuti orang lain." Falsafah dan daya juang yang tinggi ini dimiliki Ikon Guru Kebangsaan 2016, Nor Hainei Abu Bakar, 58, sehinggalah ke hari persaraannya pada 14 April 2017 lalu.

Kolumnis

Keakraban Pemangkin Kerjasama Ibu Bapa-Sekolah

Kekuatan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan pencapaian murid dalam kurikulum dan kokurikulum. Sokongan dan kerjasama ibu bapa juga merupakan satu komponen yang penting dalam mendefinisikan makna kekuatan sekolah.

Halaman 1 dari 3

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID